Loading...
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Negeri Sembilan mendapatkan pengesahan berhubung isu pertikaian pemilikan tanah di Kampung Serampang Indah, yang dahulunya dikenali sebagai Ladang Gatco, di Jempol.
Sumber SPRM berkata pihak SUK sedang membantu mengesan fail-fail berkaitan.
Tinjauan Bernama di Wisma Negeri hari ini mendapati empat pegawai SPRM menuju ke pejabat Unit Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di tingkat empat bangunan itu pada kira-kira 10.45 pagi.
Mereka kemudian dilihat keluar dari perkarangan pejabat SUK kira-kira 2 jam kemudian.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad pada Ahad lepas berkata agensi itu akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat aduan penduduk Kampung Serampang Indah berhubung isu penjualan tanah ladang berkenaan.
Jawatankuasa itu akan meneliti semua dokumen yang disertakan dalam aduan Badan Bertindak Peneroka Gatco, namun ia akan mengambil masa memandangkan perkara tersebut berlaku 40 tahun lepas.
Antara lain, badan bertindak penduduk kampung itu mendakwa terdapat penyelewengan dalam penjualan tanah tersebut kepada Thamarai Holdings Sdn Bhd pada 2007 memandangkan syarikat berkenaan hanya membayar RM16 juta sedangkan nilai pasaran semasa adalah sekitar RM500 juta.
Rentetan kes Gatco bermula selepas pemilik asal tanah seluas 2,000 hektar berkenaan, Syarikat Gula Negeri Sembilan ditutup, ladang tebu terbabit dilupuskan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) secara pajakan 99 tahun.
PKNNS kemudian memajakkan tanah itu selama 66 tahun kepada syarikat The Great Allonioners Trading Corporation Bhd (Gatco) pada 1977 yang menjadikannya sebagai tanah rancangan dengan membawa masuk peserta yang ditawarkan tapak rumah dan tanah kebun seluas 10 ekar (4 hektar) dengan bayaran antara RM4,000 dan RM7,000 seorang.
Pada awalnya ladang tersebut dirancang untuk dijadikan ladang getah, namun Gatco menghadapi masalah kewangan menyebabkan projek itu terbengkalai dan tanah tersebut dirampas sebelum ditawarkan dalam lelongan awam pada 2004 dan dibeli oleh Thamarai Holdings pada 2007. -Bernama

0 Response to "Kes Gatco: SPRM 'panjat' pejabat SUK N Sembilan"
Posting Komentar