Loading...

[PENGHINA TUN M PASTI KECEWA] Tun Mahathir 'Bapa Pemodenan', Tidak Akan Ubah Buku Teks - Menteri Pendidikan

Loading...

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan tidak akan mengubah kandungan buku teks sedia ada di sekolah berkaitan rujukan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Bapa Pemodenan Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penulisan buku teks Kementerian Pendidikan dibuat berdasarkan fakta dan dokumen.
"Fakta tersebut masih relevan dan akan dikekalkan dalam buku teks Kementerian Pendidikan," kata Mahdzir dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Beliau memberi reaksi kepada pertanyaan daripada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang bertanyakan sama ada Tun  Mahathir akan terus diberi pengiktirafan kerana memodenkan Malaysia dalam buku teks di sekolah. - Astro Awani
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[PENGHINA TUN M PASTI KECEWA] Tun Mahathir 'Bapa Pemodenan', Tidak Akan Ubah Buku Teks - Menteri Pendidikan"

Posting Komentar