Loading...
Skandal 1MDB : Kejutan Buat Najib? Pihak berkuasa Amerika Syarikat kini memulakan siasatan jenayah terhadap dana dilarikan daripada 1MDB, dan memohon menggantung sementara permohonan sivil membekukan aset mewah dan wang dilarikan daripada syarikat milik kerajaan Malaysia itu.
Dalam permohonan di mahkamah oleh Jabatan Kehakiman AS (DoJ) semalam, pihak berkuasa negara itu kini memanjangkan siasatannya untuk mengesan dana 1MDB di seluruh dunia yang sepatutnya untuk tujuan pembangunan tetapi disalah guna untuk membeli hartanah mewah, barang seni, penerbitan filem dan lain-lain.
Skandal 1MDB : Kejutan Buat Najib? Pegawai DoJ memohon seorang hakim di sebuah mahkamah di Los Angeles semalam untuk menggantung sementara permohonan sivil merampas aset diperolehi ahli perniagaan kelahiran Malaysia Low Taek Jho, atau Jho Low.
Menurutnya, meneruskan permohonan itu akan menjejaskan usaha melakukan siasatan jenayah.
Skandal 1MDB : Kejutan Buat Najib?
Dalam permohonannya, DoJ mendakwa di antara 2009 dan 2015, lebih AS$4.5 bilion daripada 1MDB diselewengkan kepada beberapa pegawai tinggi 1MDB dan rakan mereka. - fmt
Iklan
Loading...
0 Response to "Skandal 1MDB : Kejutan Buat Najib?"
Posting Komentar