Loading...

Tan Sri Isa Samad: Pemimpin UMNO jangan terlalu ghairah berucap

Loading...
KETUA UMNO bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berucap pada perasmian mesyuarat perwakilan sayap UMNO bahagian itu di Port Dickson, hari ini. - Foto Iqmal Haqim Rosman
PORT DICKSON: Pemimpin UMNO diingatkan supaya tidak terlalu ghairah berucap sehingga secara tidak sengaja menyakitkan hati pemimpin serta penyokong parti komponen.
Ketua UMNO bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata UMNO perlu mengamalkan sikap mesra dengan rakan parti komponen terutama dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Kadang-kadang dalam ucapan ketika mesyuarat (UMNO), pemimpin ghairah berucap dan banyak bercakap itu dan ini yang mungkin akan sakitkan hati orang. Keadaan ini akan merugikan UMNO kerana kita tidak boleh menghadapi PRU bersendirian.
"Dalam menghadapi PRU, kita kena ramai kawan. Kita perlu jaga parti komponen, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak yang menyokong kita," katanya berucap pada perasmian mesyuarat perwakilan sayap UMNO bahagian itu di sini, hari ini.
Yang turut hadir Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Mengulas lanjut, Mohd Isa menyarankan, pemimpin UMNO sentiasa mengamalkan pendekatan mengikut peribahasa Melayu, lembut gigi daripada lidah, yang bermakna berlembut dan merendah diri apabila mahukan sesuatu.

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tan Sri Isa Samad: Pemimpin UMNO jangan terlalu ghairah berucap"

Posting Komentar