Loading...
KUANTAN: Seorang ahli perniagaan parah ditembak tujuh das, dipercayai dilepaskan lima suspek lelaki di Jalan Besar Kuala Medang-Sg Koyan, Lipis, kira-kira jam 10 malam tadi.
Mangsa lelaki berusia 55 tahun dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Raub apabila diserang kumpulan lima lelaki, yang dipercayai melepaskan tembakan dari jarak dekat.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob, berkata, mangsa memandu kenderaan jenis Toyota Hilux secara berseorangan dan diserang kumpulan suspek yang menaiki kereta jenis Proton Wira.
"Motif kejadian masih lagi disiasat. Kami (polis) akan merakamkan keterangan mangsa sebaik saja keadaan mengizinkan.
"Kita turut meminta saksi kejadian tampil bagi membantu kami melengkapkan siasatan," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Beliau berkata, bahagian forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang turut dipanggil bagi membantu siasatan, termasuk mendapatkan kesan cap jari pada kelongsong peluru yang ditemui di lokasi kejadian.
Difahamkan, mangsa dibawa ke Klinik Sungai Koyan oleh orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lipis bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Azry berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Loading...
0 Response to "Ahli Perniagaan DITEMBAK 7 das Jalan Kuala Medang-Sg Koyan Malam Tadi"
Posting Komentar