ANTARAPOS.COM
SHAH ALAM: Gabenor Mekah, Putera Khalid al-Faisal Al-Saud memberi pujian kepada Malaysia kerana mempunyai institusi seperti Tabung Haji yang berjaya mengurus jemaah haji dengan cemerlang.
Pujian itu disampaikannya kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang mewakili kerajaan Malaysia ketika mengunjungi beliau di pejabatnya semalam.
Menurut Asyraf Wajdi, Putera Khalid beberapa kali menyebut jemaah haji Malaysia antara yang terbaik kerana paling berdisiplin dan tertib dalam pelaksanaan ibadah haji.
“Dalam pertemuan itu, saya memaklumkan secara rasmi berkenaan hasrat dan cadangan kerajaan Malaysia melalui Tabung Haji untuk bekerjasama dengan kerajaan Arab Saudi bagi pembinaan Kompleks Tabung Haji.
“Kompleks ini mampu menampung keseluruhan jemaah haji Malaysia sebagaimana dihasratkan dan pernah dibincangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud ketika lawatan rasmi Raja Arab Saudi itu ke Malaysia awal tahun ini,” katanya dalam Facebook.
Menurut Asyraf Wajdi, kerjasama itu akan menjadikan usaha pengurusan jemaah haji Malaysia lebih efisyen dan mampu mengurangkan kos pengurusan haji rakyat Malaysia untuk jangka panjang.
Related Posts :
[Video Shafie Apdal: Kenapa Perlu Undi Parti Warisan Sabah?] NAJIB LEKEH sungguh, lebih bersandar lakaran baru SPR untuk menang pilihanraya.Rabu, 21 Mac 2018
Tumpang sekole.
NAJIB LEKEH, LEBIH BERSANDAR LAKARAN BARU SPR UNTUK MENANG PILIHANRAYA
Mungkin dalam minggu ini atau… Read More...
[Video Bila Sirul Akan Dibawa Pulang Ke Malaysia?] Abid zuhud rupanya serigala lapar.Rabu, 21 Mac 2018
Abid zuhud rupanya serigala lapar
Ketua AMANAH Kawasan Marang, Ustaz Miqdad Zakaria melahirkan kebimbangannya melih… Read More...
[Video PM Cina! Mengapa TV3 Tak Hasut Lagi Melayu?] PULANG PAKU BUAH KERAS PADA SPEAKER & 2.1 Juta Pekerja Asing, Bangla Bakal Kalahkan India Sebagai Kaum Ke3 Terbesar Di Malaysia?Rabu, 21 Mac 2018
PULANG PAKU BUAH KERAS PADA SPEAKER
Favourate speaker menghalang saolan atau menghalang perbahasan dalam parlimen berad… Read More...
[Video King Maker nak angkat Cash is King! Sebenarnya PAS bukan 'king maker' - Dr M] Kes RASUAH! Mengapa AG+IGP+MACC buat2 tak nampak? Polis, SKMM Perlu Siasat Cambridge Analytica.Rabu, 21 Mac 2018
Apa nak heran? Jika PM ada berbillion billion, inikan pula org bawahan. Ketua Jab Jenayah siap ada hampir RM1 juta di A… Read More...
Bahagiakah Nikah Dulu Baru Bercinta?Kita sering mendengar cakap-cakap ‘nikah dulu baru bercinta’ untuk menggambarkan bahawa hubungan yang ada ikatan sah lebih afdal berbanding … Read More...
0 Response to "Gabenor Mekah puji Malaysia urus jemaah haji dengan cemerlang"
Posting Komentar