Loading...
Kejutan Buat Najib Di Amerika Syarikat. Pentadbiran Amerika Syarikat hari ini mengelak daripada menjawab sama ada isu siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) melibatkan 1MDB akan disentuh oleh Presiden Donald Trump ketika bertemu Datuk Seri Najib Razak di White House hari ini.
Ini kerana, kata jurucakap White House Sarah Sanders, siasatan DoJ masih berjalan.
Kejutan Buat Najib Di Amerika Syarikat. “Kami tidak akan mengulas berkenaan siasatan yang masih dijalankan Jabatan Kehaiman, dan siasatan itu tidak bersifat politik dan sudah tentu tiada kaitan dengan apa-apa yang akan berlaku esok,” katanya menjawab soalan wartawan di White House.
Najib tiba di AS semalam dan dijangka berkunjung ke White House hari ini bertemu Trump.
Pertemuan itu berlaku di sebalik tindakan DoJ berusaha merampas aset mewah dan harta yang didakwa menggunakan dana yang dicuri daripada syarikat milik kerajaan Malaysia 1MDB yang ditubuhkan Najib.
DoJ yang kini menjalankan siasatan jenayah melibatkan 1MDB, sebelum ini memfailkan saman sivil untuk merampas sejumlah aset bernilai AS$1.7 bilion yang menurutnya dibeli menggunakan dana dilarikan daripada 1MDB.
Kejutan Buat Najib Di Amerika Syarikat
Ia mendakwa daripada 2009 sehingga 2015, berbilion dolar kepunyaan 1MDB dilencongkan pegawai tinggi tabung itu dan rakan mereka, dan antara yang dinamakan adalah ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho, anak tiri Najib, Riza Aziz dan beberapa pegawai tinggi lain. Najib tidak dinamakan dalam siasatan itu walaupun DoJ kerap menyebut “Malaysian Official 1” (MO1) beberapa kali.
Sanders berkata hubungan Malaysia dan AS berdasarkan kepentingan bersama ekonomi dan keselamatan.
Menurutnya, Trump antara lain akan menyentuh isu keganasan.
Kejutan Buat Najib Di Amerika Syarikat. “Presiden berharap dapat berbincang pelbagai isu serantau dan isu keselamatan dengan perdana menteri dan berbincang bagaimana kerjasama melawan keganasan dapat dipertingkatkan, menghalang IS, menangani Korea Utara dan tindakannya, dan memastikan keamanan di Laut China Selatan,” kata Sanders yang enggan mengulas lanjut. - fmt
Iklan
Loading...
0 Response to "Kejutan Buat Najib Di Amerika Syarikat"
Posting Komentar