Loading...

Kekurangan graduan STEM diatasi

Loading...
Imej via The Star Online
IPOH 7 Sept. - Bilangan pelajar yang mengikuti pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) semakin me­­nunjukkan trend mem­­bimbangkan apabila hanya 28 peratus pekerja ber­­kemahiran tinggi di­­hasilkan sehingga ta­­hun lalu dengan 10 peratus lulusan tersebut berhijrah ke luar negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Ta­ngau berkata, jumlah berkenaan masih jauh daripada sasaran 270,000 pelajar menyertai STEM di peringkat pengajian tinggi menje­lang tahun 2020 biarpun dasar penghasilan 60:40 (graduan ali­ran sains/teknikal:sastera) telah disasarkan sejak tahun 1967.

Sehubungan itu beliau berkata, Kementerian, Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Kementerian Pendidikan mela­kukan satu pelan tindakan bagi mengatasi masalah tersebut me­la­lui penyediaan pe­dagogi lebih menarik menerusi pendidikan sains berasaskan pertanyaan (inquiry based science).

Menurutnya, pihaknya telah mencuba sistem pem­belajaran yang diambil dari Perancis dan praktikkannya di beberapa sekolah termasuk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta bandingkannya di sekolah yang mempunyai pencapaian rendah serta sekolah berprestasi tinggi.

“Setelah kita perkenalkan sis­­tem ini, sekolah berprestasi rendah telah mengatasi sekolah berprestasi tinggi yang tidak me­laksanakan sistem ini. Oleh sebab itu, pihak kita telah membawa sendiri Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid bagi melihat kelas pembelajaran tersebut di Perancis.

“Mudah-mudahan, sistem pem­belajaran ini dapat dimulakan di taman didikan kanak-kanak (tadika) serta sekolah rendah dan menengah. Itu antara sebahagian pelan tindakan STEM yang akan dilaksa­nakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama sempena hari kedua Dialog Pembangunan Antarabangsa Pangkor (PIDD) di Pusat Konvensyen Amanjaya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Madius berkata, adalah penting bagi semua pihak termasuk ibu bapa mempunyai kesedaran mengenai kepentingan bakat baharu dalam bidang STEM, selain memastikan kelestarian pembangunan teknologi diteruskan dalam kalangan generasi masa hadapan.

“Kita perlu ada perubahan paradigma. Jika dahulu kita selalu tanya kepada anak muda apa yang mereka hendak jadi apabila sudah besar. Namun, soalan itu perlu ditukar kepada apa permasalahan yang mereka hendak atasi pada masa hadapan,” katanya.

Sumber: UTUSAN ONLINE


Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kekurangan graduan STEM diatasi"

Posting Komentar