ANTARAPOS.COM
SHAH ALAM: Pembentangan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) perlu dipercepatkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), demikian menurut Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Ujarnya, ia bagi mengekang politik wang serta derma asing dalam pilihan raya umum akan datang.
"(Ia) supaya amalan politik wang dan budaya rasuah dapat dikawal untuk mengelakkan insiden pembelian undi.
"Ia juga dapat mengelakkan peristiwa seperti dana derma berbilion ringgit daripada negara luar dapat disalurkan tanpa dikesan sehingga ia terbongkar di ruangan awam," kata dalam satu kenyataan.
Reaksi itu menyusul selepas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata akta berkenaan tidak akan dibentangkan di parlimen sebelum PRU14.
Menurut Paul, jawatankuasa teknikal mengenai perkara itu sedang dalam proses menggubal akta baru itu.
Bagaimanapun ulas Tuan Ibrahim, akta itu sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada sidang berikutnya Oktober ini.
"Sepatutnya segala kajian dan cadangan mengenai akta ini sudahpun selesai. Apakah yang sedang menyebabkan kelewatan ini?" soal beliau lagi.
RUU PDEA ialah salah satu daripada 32 syor yang dicadangkan Jawatankuasa Perundingan Kebangsaan Bagi Pembiayaan Politik.
Related Posts :
Pindaan RUU 355 bertepatan dengan budaya politik matang dan sejahtera - Nik AbduhOleh Azizul Osman dan Wan Anis Ilyani Wan M, Azhar
KUALA LUMPUR: Langkah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang … Read More...
Gambar berbicara: Samseng Pasir Salak serang Khalid di ParlimenWAN ZAHARI WAN SALLEH
Sekumpulan penyokong tegar ahli parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri, Datuk Tajuddin Abdul Ra… Read More...
Polis panggil 10 perusuh Parlimen serah diriARIF ATAN
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad terpaksa dilindungi oleh pengawal keselamatan Parlimen apabila cuba diserang o… Read More...
AMANAH persoal tindakan Hadi pinda RUU355 tanpa bahasOleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar dan Azizul Osman
KUALA LUMPUR: AMANAH menyuarakan kekecewaan terhadap Ahli Parl… Read More...
0 bangkai ayam turut 'berhimpun' demi Maria Chin mariachinabdullah bersih5 Yap Jia Hee Hari ini, 9:41 malam Hari ini, 9:44 malam Himpunan solidariti untuk Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah malam nie dikejutkan dengan taburan beberapa bangkai ayam yang secara misteri 'menyertai' para pesertanya di Dataran Merdeka. BERSIH mengutuk perbuatan tersebut yang dipercayai untuk mensabotaj acara berkenaan. Sekitar 300 peserta berkumpul malam ini di Jalan Raja Laut berhampiran Dataran Merdeka seperti malam-malam malam sebelumnya tetapi kali ini dihidangkan dengan bau busuk yang cukup kuat. Salah seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Liew menjumpai beberapa ekor bangkai ayam yang diletakkan di tepi pagar jalan raya lalu mengutipnya dengan beg plastik sebelum membuangnya. "Sekurang-kurangnya 10 bangkai ayam dengan badan yang dipukul rata. "Ia berbau seperti najis, menjijikkan. "Ini jelas satu tindakan sabotaj atau tidak mungkin dibuang dengan cara yang 'kemas'," kata Liew yang berusia dan memakai baju kuning BERSIH5 kepada Malaysiakini. Selepas Liew membuang bangkai-bangkai ayam tersebut, sesetengah peserta menyembur ubat nyamuk bagi menghapuskan bau busuk berkenaan. Pengurus Sekretariat BERSIH, Mandeep Singh berkata, tindakan sabotaj seperti ini bukan perkara yang baru tetapi hanya taktik lama. "Ini taktik lama tetapi dengan cara yang berbeza, ia adalah sabotaj yang pastinya. "Mengapa perlu meletakkan bangkai ayam di sini kerana terdapat tong sampah," kata Mandeep ketika ditemui wartawan.Yap Jia Hee
Himpunan solidariti untuk Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah malam nie dikejutkan dengan taburan beberapa b… Read More...
0 Response to "PAS gesa pembentangan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik dibuat sebelum PRU14"
Posting Komentar