Loading...

Patutlah Pelarian Rohingya Tidak Beradab.. Ini Sebabnya

Loading...
Patutlah Pelarian Rohingya Tidak Beradab.. Ini Sebabnya. Aktivis hak asasi Rohingya, Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi berkata sukar untuk mengharapkan pelarian Rohingya menitik beratkan soal adab memandangkan mereka tidak mempunyai ilmu asas agama dan pendidikan, berikutan penindasan selama 60 tahun di negara sendiri.

Katanya, penindasan 6 dekad melahirkan masyarakat yang lebih mementingkan kelangsungan hidup dan keperluan kebendaan daripada pembinaan rohani dan budaya.

Patutlah Pelarian Rohingya Tidak Beradab.. Ini Sebabnya. “Kita nak harapkan mereka faham pasal adab dalam keadaan mereka sebegitu, sedangkan mereka kekurangan pendidikan dan hanya hidup untuk kemandirian mereka sahaja.

“Mereka hanya tahu kewujudan Allah tanpa tahu menunaikan solat, jangankan kita nak mereka tahu Rukun Islam dan Rukun Iman,” katanya pada sidang media di pejabat NGO Salam Rohingya hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kecaman orang ramai terhadap tunjuk perasaan pelarian Rohingya di ibu negara baru-baru ini, dan liputan mengenai masalah sosial dalam masyarakat itu oleh media atas talian.

Seramai 44 orang pelarian Rohingya ditahan pihak berkuasa minggu lepas selepas 1,000 orang menunjuk perasaan di ibu negara baru-baru ini. Tunjuk perasaan tercetus berikutan operasi ketenteraan terbaharu di wilayah Rakhine.

Patutlah Pelarian Rohingya Tidak Beradab.. Ini Sebabnya


Beberapa orang tempatan bagaimanapun dilaporkan tidak bersetuju dan tersinggung dengan tunjuk perasaan tersebut, berkata mereka sebagai pelarian tidak sepatutnya mencetuskan masalah atau menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Dilaporkan terdapat seramai 139,200 orang pelarian Myanmar yang berdaftar di negara ini mengikut statistik UNHCR 2014, di mana 40,070 orang etnik Rohingya.

Tengku Emma berkata orang Rohingya yang terjerumus ke dalam gejala sosial mungkin kesan daripada sejarah penindasan dan keganasan.

“Semua masyarakat ada masalah sosial. Sepanjang hidup mereka hidup dalam keganasan sehingga mengakibatkan mereka trauma,” katanya.


Patutlah Pelarian Rohingya Tidak Beradab.. Ini Sebabnya


Beliau turut menafikan kerajaan menanggung kos yang tinggi untuk membawa masuk pelarian Rohingya ke negara ini.

“Rohingya datang ke negara kita sebagai pelarian, bukan kerajaan bawa mereka. Kerajaan tidak keluar duit untuk Rohingya,” katanya. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Patutlah Pelarian Rohingya Tidak Beradab.. Ini Sebabnya"

Posting Komentar