Loading...

Pelajar tahfiz dikhuatiri lemas

Loading...
PARIT 6 Sept. - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai Perak ketika memancing bersama rakannya di Kampung Lambor Kanan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, mangsa, Nik Aiman Nik Abdul Malik, 13, hilang dibawa arus setelah tergelincir ke dalam sungai berkenaan.

Katanya, kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi itu berlaku ketika Nik Aiman yang merupakan pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Masjid Lama Lambor Kanan bersama rakannya memancing di belakang pusat pengajian berkenaan.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa kini sedang dijalankan.Sehingga kini mangsa belum lagi dijumpai,” katanya.

- UTUSAN ONLINE

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pelajar tahfiz dikhuatiri lemas"

Posting Komentar