Loading...
Polis Dedah Punca Kebakaran Pusat Tahfiz Ittifaqiyah. Kumpulan suspek remaja yang terbabit dalam kes membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Keramat Ujung, Khamis lalu, disyaki berdendam dengan pelajar sekolah tahfiz itu akibat perebutan gelanggang futsal.
Timbalan pengetua pusat tahfiz itu, Mohammad Azhari Mahmod dipetik Sin Chew Daily berkata, ketika mula berpindah ke tempat kejadian pada awal tahun ini, wujud perselisihan faham dengan kumpulan remaja itu semasa pihaknya membawa pelajar bermain futsal.
Polis Dedah Punca Kebakaran Pusat Tahfiz Ittifaqiyah. “Kumpulan remaja itu disyaki tidak berpuas hati dengan kehadiran pelajar kami di gelanggang futsal, jadi timbul perselisihan faham dan mereka dihalang daripada bermain bola. Guru akhirnya mencari jalan untuk pelajar bermain bola di padang bagi menyelesaikan masalah.”
Kelmarin, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengumumkan penahanan 7 suspek lelaki berusia 11 hingga 18 tahun yang sudah tidak bersekolah, dengan 6 daripadanya positif dadah jenis ganja dan 2 lagi mempunyai rekod jenayah lampau.
Beliau berkata, semua suspek mengaku melakukan kebakaran itu dan motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham akibat ejek-mengejek antara suspek dengan segelintir penghuni asrama tahfiz itu, beberapa hari sebelum kebakaran berlaku.
Azhari berkata, selepas kebakaran yang meragut nyawa 21 pelajar dan 2 gurunya Khamis lalu, beliau mula mengesyaki perselisihan faham di gelanggang futsal ialah punca kumpulan remaja terbabit berdendam.
Polis Dedah Punca Kebakaran Pusat Tahfiz Ittifaqiyah
Katanya, sekumpulan remaja juga didapati membakar mercun di belakang sekolah pada bulan Ramadan lalu dan membuang mercun ke dalam kawasan sekolah, walaupun selepas dinasihatkan.
“Mereka membakar mercun ketika waktu solat, saya menasihatkan mereka berhenti bagi mengelakkan ganggu orang bersolat, tetapi mereka tak dengar.”
Katanya, beliau tidak tahu jika berlaku perkara lain yang tidak menyenangkan kerana beliau berlepas ke Makkah pada 7 Ogos lalu untuk menunaikan haji dan pulang ke tanah air selepas kebakaran berlaku.
Seorang guru pusat tahfiz itu, Ridzuan yang ditemui Sin Chew Daily di kaunter tabung derma di tempat kejadian berkata, pelajar sekolah terbabit dibenarkan bermain bola di gelanggang futsal berhampiran pada jam 6 petang setiap Isnin dan Rabu.
Katanya, pelajar akan ditemani 4 hingga 5 guru untuk bermain bola kira-kira 40 minit.
“Tetapi, saya tidak tahu jika berlaku perkara tidak menyenangkan ketika pelajar bermain futsal kerana saya tidak tinggal di asrama sekolah dan bukan guru yang menemani pelajar bermain bola.
“Pelajar selalunya belajar dan menjalani aktiviti di dalam sekolah, jadi satu-satunya masa mereka berjumpa orang di luar ialah ketika bermain futsal.”
Beliau berkata, pelajar sekolah tahfiz itu tidak mempunyai masalah disiplin dan beliau tidak pernah mendengar sebarang masalah timbul ketika pelajar menjalani aktiviti luar.
Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmood berkata, beliau tidak pernah mendengar pelajar sekolahnya bergaduh atau berlaku perkara tidak menyenangkan dengan remaja di luar.
Polis Dedah Punca Kebakaran Pusat Tahfiz Ittifaqiyah
“Budak lelaki ketika bermain di luar, jika berlaku perselisihan faham adalah perkara biasa.”
Beberapa guru yang ditemui akhbar itu bagaimanapun tidak mengenali kumpulan suspek itu dan tidak jelas jika mereka penduduk setempat.
7 suspek hisap dan edar dadah
Sementara itu, China Press melaporkan 7 suspek remaja yang ditahan polis itu aktif mengedar dadah kira-kira sebulan lalu.
Menurut laporan akhbar itu, selain menjual kepada remaja lain, mereka turut menghisap dadah itu.
Difahamkan, seorang remaja berusia 16 tahun ialah ketua kumpulan 7 remaja itu yang sudah tidak bersekolah.
Kumpulan remaja terbabit dikatakan membeli dadah menggunakan wang diberikan keluarga, selain dipergunakan sindiket dadah sebagai pengedar.
Polis Dedah Punca Kebakaran Pusat Tahfiz Ittifaqiyah. China Press melaporkan hasil siasatan polis mendapati ketua kumpulan remaja itu mengambil bekalan dadah daripada seorang pengedar di sebuah pusat beli-belah berhampiran rumahnya. - fmt
Loading...
0 Response to "Polis Dedah Punca Kebakaran Pusat Tahfiz Ittifaqiyah"
Posting Komentar