MALAYSIAKINI
PSM tidak terkejut dengan hasrat DAP untuk meletakkan calon di Sungai Siput, kerusi parlimen tunggal yang dipegang oleh parti sosialis itu.
Anggota jawatankuasa pusat parti itu, S Arutchelvan berkata DAP pernah bertanding di Sungai Siput menentang calon PSM dan BN pada 2004 dan mendapat undi paling sedikit.
Ketika itu, DAP yang meletakkan PP Sanmugam sebagai wakil parti itu hanya memperolehi 9.4 peratus daripada undi yang dibuang dan hampir kehilangan wang depositnya.
"Apabila DAP menentang PSM pada tahun 2004, ini hanya memberi kemenangan kepada BN, jadi jika DAP bertanding di Sungai Siput, ini hanya akan membantu BN," kata Arutchelvan dalam satu kenyataan hari ini.
Arutchelvan mengulas pengumuman DAP Perak bahawa parti itu akan meletakkan calon di Sungai Siput sebagai susulan keputusan PSM untuk bertanding di kerusi yang kini dimiliki oleh Pakatan Harapan.
PSM telah meletakkan Dr Michael Jeyakumar Devaraj sebagai calon parti itu di Sungai Siput sebanyak empat kali sejak tahun 1999.
Pada tahun 1999, Jeyakumar bertanding atas tiket DAP, dan pada tiga pilihan raya umum berikutnya, atas tiket PKR.
Pada tahun 2008, Jeyakumar akhirnya berjaya menumbangkan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu yang memegang kerusi Parlimen Sungai Siput selama sembilan penggal.
Related Posts :
Tentera Sufi Diponegoro Yang Digeruni BelandaPangeran (putera) Diponegoro adalah putera Sultan Hamengku Buwono III, Sultan Yogyakarta, beliau dilahirkan di Kraton (istana) Mataram pada … Read More...
Nazri Aziz Ibarat 'Hantu Raya' Mencari Tuan BaharuBekas menteri, Nazri Abdul Aziz kini diibaratkan seperti 'hantu raya' mencari tuan selepas mengeluarkan kenyataan demi kenyataan bagi mewaki… Read More...
[Video Duta-duta Lantikan BN ditamatkan Perkhidmatan Serta-merta & Rais: Pemimpin Umno keluar parti harus dihormati] Umno Kelantan negeri terawal disiasat polis berkaitan dana 1MDB & Lebih ramai pemimpin Umno akan keluar parti? 800 kakitangan Utusan ditawar skim berhenti sukarela.Jumaat, 21 September 2018
Parti Amanah Negara
Suka Halaman Ini · 1 jam ·
Tahniah YB Dr Hasan … Read More...
[Video Saya tak kenal dia & Terdiam Wartawan (Dakwaan Lokman Adam) Isu PM Pergunakan Polis SPRM] 'MORAL OF THE STORY: Jangan lawan Tun! Najib lawan bukan sikit...Takkan tak lekat walau 1 pun? GARA² KALUT, kelayakan Anwar bertanding di PD dan status pengampunannya sedang dipertikai?Jumaat, 21 September 2018
Tumpang sekole.
Otai BERSIH
Suka Halaman Ini · 20 jam ·
MORAL OF THE S… Read More...
[Video Mat Sabu Sebak & Ini Style Bang Mat] 3 TAHUN AMANAH, SATU KEJAYAAN Amanah harus membuka pintu kepada bekas PEMIMPIN PEMBANGKANG! Malaysia tidak terima perkahwinan sejenis LGBT, kata Mahathir.Jumaat, 21 September 2018
Parti Amanah Negara
1 jam ·
3 TAHUN AMANAH, SATU KEJAYAAN, AMAN… Read More...
0 Response to "PSM: Kami pernah kalahkan DAP di Sg Siput"
Posting Komentar