Loading...
Menteri Rahman Dahlan menghadap Sultan Ibrahim untuk menerangkan laluan keretapi sepanjang 4km antara Johor Bahru dan Singapura.
KUALA LUMPUR: Putrajaya akan mengkaji laluan keretapi alternatif Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Bukit Chagar, Johor Bahru dan Woodlands, Singapura atas cadangan Sultan Johor.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Rahman Dahlan menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar minggu lepas untuk menerangkan projek itu.
“Kita ambil idea Sultan Johor dan mahu tambahbaik jajaran itu…Sultan Johor cadangkan jajaran alternatif yang kita akan kaji,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman antara Prasarana Malaysia Berhad dan SMRT Corporation Ltd (SMRT Corp).
Sultan Ibrahim dalam temubual eksklusif dengan kumpulan New Straits Times Press bulan lepas mengalu-alukan projek itu tetapi tidak bersetuju dengan bentuk melengkung laluan itu, dan rancangan membina bahagian tengah jambatan setinggi 30m.
Ketinggian itu akan menjejaskan pemandangan bandar itu di sepanjang Selat Johor.
Ditanya mengenai jambatan itu, Rahman berkata ada beberapa rekaan alternatif seperti jambatan tinggi, jambatan rendah, jambatan serong atau selari dengan jalan pantai. Rekaan itu akan dibincangkan dengan rakan sejawat di Singapura.
Kos laluan kereta api 4km
Rahman berkata kos laluan kereta api 4km itu belum dimuktamadkan dan bergantung kepada keputusan akhir mengenai rangkaian trek. Pembinaannya dijangka bermula 2019 selepas Putrajaya mengadakan tender terbuka untuk pembinaan di Malaysia.
Di pihak Johor, beliau berkata Putrajaya pertimbangkan untuk membina sebuah stesen di Bukit Cagar membabitkan beberapa laluan berbeza, dan butiran lanjut akan diberitahu selepas perjanjian dua hala ditandatangani Disember ini.
Ditanya mengenai pihak yang akan menerajui usahasama projek Malaysia-Singapura itu, Rahman berkata usahasama projek itu tidak akan dilakukan secara 50-50.
“Kedua-dua negara bersetuju dan mengakui satu negara akan memiliki majoriti yang lebih sedikit supaya dari segi mengerakkan projek ke hadapan lebih mudah untuk membuat keputusan.”
Beliau menambah dari segi struktur, Malaysia-Singapura mungkin akan berdepan masalah lain dalam proses membuat keputusan. “Tetapi kita tidak jangka akan berdepan masalah besar kerana Prasarana dan SMRT adalah pakar, bukan sahaja syarikat tetapi juga pengerusi dan ketua pegawai eksekutif.”
“Di peringkat kementerian jika ada isu yang tidak dapat diselesaikan di peringkat saya, perdana menteri kita sendiri akan selesaikan masalah itu.”
Ditanya mengenai Ahli Parlimen Rafizi Ramli yang mendakwa Prasarana mempunyai hutang RM18 bilion pada 2015 dan dijangka meningkat pada 2016 dan apa rancangan syarikat itu untuk membiayai projek itu, Pengerusi Kumpulan Prasarana Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata kerajaan akan mengeluarkan jaminan kepada mereka untuk mengutip dana dari pasaran.
Beliau menambah Prasarana sedang menjalani transformasi dan “apa yang penting ialah membina pengangkutan awam dan prasarana dengan cepat supaya ia boleh mengurangkan kesesakan dalam bandar.”
Loading...
Related Posts :
[Video Tak boleh, kita kena sekat - Saifuddin] Daripada PM jadi tertuduh! ESOK, Najib akan berada di kandang mahkamah untuk dibicarakan! Bantuan TAK PERLU tandatangan YB..Satu lagi usaha kerajaan PH bantu rakyatSelasa, 2 April 2019 Tak Nak BN Daripada PM jadi tertuduh Najib Razak menjadi perdana menteri keenam pada 3 April 2009 dengan menggantik… Read More...
KKM Haramkan 8 Jenama Ubat Darah Tinggi Mengandungi Bahan Terlarang (2019)Pengguna yang memiliki dan masih menyimpan ubat darah tinggi dikesan mengandungi bahan aktif losartan diminta tidak panik, sebaliknya memula… Read More...
Sejarah Permainan Battle Royale PUBG, Fortnite Dan H1Z1Boleh dikatakan sebahagian besar anak muda dizaman internet hari ini yang memiliki telefon pintar bermain atau pernah menyertai permainan on… Read More...
[Video Mukhriz: Felcra hangus & Bekas Pengerusi Felcra 'panas hati'!] RM1.7 billion cukai tak bayar, ini dia perompak negara! Food Bank M'sia; Satu lagi usaha PH bantu rakyat! Pegawai Salahuddin direman 4 hari?Selasa, 2 April 2019 KiniTV Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dr. Mohd Radzi Md Jidin menjelaskan kepada dewan rakyat bahawa kekangan kewa… Read More...
[Video Mat Sabu: Menjawab Isu Panas Mainan Pembangkang] Syabas AG..Perbicaraan Najib berhubung dana SRC bermula Rabu, tiga saksi dijangka beri keterangan.Selasa, 2 April 2019 Syabas AG.... Perbicaraan Najib berhubung dana SRC bermula Rabu, tiga saksi dijangka beri keterangan. KUALA LUM… Read More...
0 Response to "Putrajaya kaji laluan alternatif RTS atas cadangan Sultan Johor"
Posting Komentar