Loading...

Raja Muda Kedah dimasyhur Sultan Kedah baharu

Loading...
SINAR ONLINE

Raja Muda Kedah dimasyhur Sultan Kedah Baharu
Raja Muda Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah (tengah) dan Tunku Temenggong Kedah, Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim (kiri) kelihatan sedih ketika mengiringi jenazah Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dibawa ke Balai Penghadapan Istana Anak Bukit selepas disembahyangkan bagi memberi peluang kepada rakyat jelata untuk memberi penghormatan terakhir sebelum dimakamkan di Makam DiRaja Langgar hari ini. - Foto Bernama

 
ALOR SETAR - Raja Muda Kedah, Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah yang ke-29  menggantikan Almarhum kekandanya, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Pemasyhuran itu dibacakan Menteri Besar  Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Istana Anak Bukit di sini hari ini setelah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja.

Almarhum Sultan Abdul Halim mangkat pada 2.30 petang semalam di istana tersebut.

Perkara Sembilan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan pelantikan untuk menaiki takhta kerajaan negeri Kedah adalah ditetapkan Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja yang turut dianggotai menteri besar sebagai Yang Dipertua majlis berkenaan.

Setelah dimasyhurkan, Pengelola Bijaya Diraja/Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah kemudiannya menghadap Tunku Sallehuddin untuk mengiringi baginda ke singgahsana yang terletak di Dewan Penghadapan.

Syed Unan kemudiannya melaungkan “Daulat Tuanku” sebanyak tiga kali yang disambut oleh hadirin dan serentak itu paluan nobat dan tiupan nafiri dikumandangkan.

Istiadat diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadil Awang.

Tunku Sallehuddin kemudiannya menyentuh peterana Almarhum Sultan Abdul Halim, menandakan istiadat pemakaman akan dimulakan.

Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Puan Muda Kedah Tengku Maliha Tengku Ariff, Tunku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz dan Tunku Laksamana Kedah Datuk Tengku Sarafuddin Badlishah Tunku Salehuddin Almarhum Sultan Badlishah.

Tunku Sallehuddin diisytiharkan sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah menggantikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah yang mangkat pada 21 Mei 2014 dan memegang jawatan itu sehingga 12 Disember tahun lalu.

Pada 15 Disember lepas baginda dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah setelah Sultan Abdul Halim kembali memayungi negeri Kedah selepas lima tahun bersemayam di Istana Negara sebagai Yang di-Pertuan Agong - Bernama

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Raja Muda Kedah dimasyhur Sultan Kedah baharu"

Posting Komentar