Loading...

SAMI HINDU ISYTIHAR MASUK AMANAH

Loading...
Dua dari kiri Suthas Subramaniam, sami yang telah
mengistiharkan masuk AMANAH.
1. Seramai 57 orang dari kaum india termasuk seorang sami agama Hindu telah mengisytiharkan untuk masuk dan menjadi ahli Parti Amanah Negara (Amanah) di pejabat parti Amanah Kawasan Gelang Patah.

2. Pengisytiharan itu dibuat dengan kehadiran sebilangan majoriti ahli yang menyerahkan borang kemasukkan sebagai ahli parti Amanah dan mereka telah sepakat untuk bersama-sama dalam memperjuangkan nasib seluruh rakyat di Malaysia ini melalui wadah parti Amanah.

3. Pihak kami merasakan kemasukkan mereka sebagai suatu perkara yang baik sekaligus ia menjadi suatu perjuangan seterusnya dalam menjayakan usaha bagi memperjuangkan nasib rakyat keseluruhannya.


4. Selain itu, pihak kami telah berjaya menjelaskan kepada orang ramai bahawa parti Amanah ini mempunyai pelbagai variasi dan ia bukanlah sebuah parti yang tertutup serta tertumpu pada sesuatu kaum sahaja malah kami terbuka dalam menerima ahli dari pelbagai latar belakang dan kaum yang wujud di Malaysia ini.

5. Pihak kami merasakan terharu dengan penerimaan baik dari masyarakat india ini sehingga ada di antara mereka mula merasa selesa dan selamat bila bernaung di bawah parti Amanah ini.

6. Selain itu juga, pihak kami turut melihat inilah gelombang perubahan rakyat yang memuncak untuk menentang kezaliman serta menumbangkan kerakusan pemimpin yang hanya menggunakan isu perkauman sebagai keuntungan peribadi bagi mereka sahaja bukan dari sisi menyelamatkan rakyat.

7. Pihak kami akan terus lebih berusaha memperjuangkan isu-isu berkenaan dengan masyarakat serta memartabatkannya kerana itulah asas utama penubuhan parti kami pada peringkat awal dahulu.

HAJI DZULKEFLY AHMAD
TIMBALAN PENGERUSI
PARTI AMANAH NEGARA
NEGERI JOHOR
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SAMI HINDU ISYTIHAR MASUK AMANAH"

Posting Komentar