Loading...

SPRM mungkin panggil lebih ramai bantu siasatan kes PTPK

Loading...
 
Beliau menambah, setiausaha politik Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot masih dalam siasatan dan berharap orang ramai agar memberi mereka masa untuk melakukan siasatan menyeluruh.


Dzulkifli-Ahmad 

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya kemungkinan akan memanggil lebih ramai lagi untuk membantu siasatan berhubung penyelewengan RM40 juta dana Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) jika perlu.

Beliau menambah, setiausaha politik Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot masih dalam siasatan dan berharap orang ramai agar memberi mereka masa untuk melakukan siasatan menyeluruh.

“Sesiapa yang kita rasa terlibat dan yang dapat membantu kami dengan siasatan, kami akan hubungi jika perlu.

“Terdapat juga orang yang telah ditahan reman (yang masih disiasat). Beri ruang kepada SPRM untuk menyelesaikan siasatan,” kata Dzulkifli kepada pemberita di akhir majlis penutup Kemabara Jelajah Anti Rasuah 2017 di sini hari ini.

Semalam, Richard Riot telah menghabiskan masa 10 jam dengan di SPRM Putrajaya untuk membantu siasatan ke atas dakwaan penyelewengan dana PTPK.

Pada 13 September lalu, ketua pegawai eksekutif PTPK dan setiausaha, pembantu kewangan, dan pengarah syarikat telah ditahan oleh SPRM atas kes yang sama.

Mereka ditahan reman selama 6 hari dari 14 September lalu dan dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SPRM mungkin panggil lebih ramai bantu siasatan kes PTPK"

Posting Komentar