Loading...
Khabar angin bertiup mengatakan Zhejiang Geely Holding bakal melantik warga China sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat kereta nasional, Proton.
Menurut laporan China Press yang memetik agensi berita China Xinhua, bekas timbalan pengurus besar Dongfeng Honda Engine Co Li Chunrong yang menyertai Geely 22 Ogos lalu bakal dilantik memegang jawatan itu.
Menurut laporan itu lagi, Li dibawa masuk ke Geely khusus untuk peranan itu.
Namun, kedua-dua Geely - pemegang 49.9 peratus saham Proton - dan Proton tidak mengesahkan khabar angin itu.
Jabatan Komunikasi Korporat Geely memberitahu China Press pihak mereka hanya akan mengeluarkan kenyataan berhubung CEO baru Proton pada waktu yang sesuai.
CEO Proton Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenali juga enggan mengulas dakwaan itu.
Walaupun dengan pengalaman dalam industri automotif, laporan itu mendakwa Li kurang berpengalaman dalam operasi di negara luar, terutama berkaitan perkembangan ke pasaran antarabangsa.
Pada Mei lalu, DRB-Hicom menjual 49.9 peratus sahamnya kepada Geely.
Urusniaga itu juga menyaksikan syarikat automotif China itu menguasai 51 peratus pegangan dalam Lotus Advance Technology Sdn Bhd.
Anak kecil main api Terbakar hatinya yang sepi Air mata darah bercampur keringat Bumi dipijak milik orang Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda Akibat sengketa sesamalah kita Cinta lenyap di arus zaman Indahnya bumi kita ini Warisan berkurun lamanya Hasil mengalir ke tangan yang lain Peribumi merintih sendiri Masa depan sungguh kelam Kan lenyap peristiwa semalam Tertutuplah hati terkunci mati Maruah peribadi dah hilang Kini kita cuma tinggal kuasa Yang akan menentukan bangsa Bersatulah hati bersama berbakti Pulih kembali harga diri Kita sudah tiada masa Majulah dengan maha perkasa Janganlah terlalai teruskan usaha Melayu kan gagah di Nusantara Melayu kan gagah di Nusantara Melayu kan gagah di Nusantara
Loading...
0 Response to "Warga China bakal jadi CEO Proton?"
Posting Komentar