Loading...

Fastaqim : Ini satu lagi bukti pembohongan

Loading...
Program himpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus pada 29 dan 30 September selesai sudah. Konon katanya, matlamat dan tujuannya telah tercapai.

 Dikatakan bahawa tujuan utama pehimpunan tersebut bagi menunjukkan parti itu kuat dan sudah bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

 Pada hari pertama, Sinarharian melaporkan :
....hampir 10,000 orang menghadiri Santai Dakwah bersama penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus di pentas utama Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, di sini, hari ini. 
Sementara itu, dianggarkan hampir 50, 000 pengunjung memenuhi lokasi berlangsungnya program berkenaan seawal jam 8 pagi.
Saya kurang faham bila laporan itu menyatakan hampir 10,000 di pentas utama bersama UIA. Sementara hampir 50,000 berada dilokasi mana pula? Ada lokasi lainkah selain di pentas utama?

Pada hari ini pula Sinarharian  melaporkan bahawa tapak keluasan program hampir 50 ekar itu dipenuhi dengan 200,000 kehadhiran :
Malam kemuncak Fastaqim 2.0 yang berlangsung di Pantai Tok Jembal, malam ini menyaksikan kehadiran hampir 200,000 ahli dan penyokong Pas, sekali gus mencapai jangkaan sebelum ini. 
Hampir segenap ruang di kawasan tapak program berkeluasan hampir 50 ekar itu dipenuhi orang ramai yang datang membawa tikar dan alas duduk lain.
Tahukah anda bahawa kita semua kena tipu ?

Anda percaya dengan kehadiran melebihi 200 ribu orang? Maaf, saya tidak boleh nak percaya!

Pertamanya tentang kawasan lokasi Fastaqim 2.0 itu yang dikatakan luasnya 50 ekar itu pun sudah jelas pembohongannya! 

1) Pada 11/09/2017, Pesuruhjaya II PAS Terengganu, selaku Ketua Persiapan Tempat Fastaqim 2.0, YB Dr Alias Razak pada mulanya mengumumkan lokasi Fastaqim 2.0 meliputi kawasan seluas 30 ekar sahaja. Saya ulangi kawasan seluas 30 ekar sahaj!
“Kita jangka kerja ditapak program dapat disiapkan lebih awal, mungkin dalam minggu ni pun kita sudah dapat membersihkan seluruh kawasan yang luas hampir 30 ekar ini. Hanya menunggu kehadiran peserta-peserta daripada seluruh Negara ~ sumber 
2) Namun pada 26 September 2017, beliau memaklumkan keluasan kawasan Fastaqim 2.0 telah bertukar jadi 60 ekar! Penambahan satu kali ganda. Daripada mulanya 30 ekar sudah jadi 60 ekar?  
Lokasi Fastaqim 2.0 meliputi kawasan seluas hampir 60 ekar. Pihak urusetia turut menyedia empat surau lelaki dan perempuan, 60 unit tandas serta bilik mandi.~ sumber
Kemudian keluasan kawasan tersebut dimuktamadkan dengan 50 ekar!

Selain hal mengenai keluasan kawasan yang bertukar-tukar jumlah ekarnya, timbul juga persoalan-persoalan lain seperti keselesaan pengunjung yang kononnya seramai 200 ribu itu.

Mampukan 60 unit tandas serta bilik mandi yang disediakan pihak urusetia dapat menampung keperluan seramai 200 ribu orang itu? Dan acara di situ adalah 2 hari dua malam!

Mana mungkin hanya 60 unit tandas dan bilik mandi? Sedangkan kalau isi rumah dengan 10 orang kalau bilik air dan tandasnya hanya 4 sahaja pun sudah merumitkan. Apatah lagi jika hanya 60 unit mahu di kongsikan bersama 200,000 orang yang berbagai ragam!

Bayangkanlah 3,333 orang bergilir untuk satu tandas. Jika sorang mengambil masa 5 minit sahaja menggunakannya ....alahai habis terciritlah dalam seluar masing-masing!

Memang susah untuk saya mempercayai dakwaan kehadiran 200,000 orang itu. Mustahil kerana tidak cukup sarana dan prasarana untuk menampung keperluan mereka.

Tidak mungkin bagi orang dari Pantai Barat akan ikut cara orang Trengganu atau Kelantan main kambus pasir macam kucing!

Semasa awal 70-an dahulu saya bertugas di Kuala Trengganu dan bila berlangsungnya Pesta Pantai di Pantai Batu Buruk, memang begitulah yang kerap berlaku, main kambus -pasir saja. Nasiblah siapa yang kena! Hahaha!

Pada saya angka 200 ribu itu amat mustahil. Tapi percayalah, takkanlah pak lebai pun nak menipu!
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Fastaqim : Ini satu lagi bukti pembohongan"

Posting Komentar