Loading...
Apakah parti itu kuat bila mengangkut budak-budak yang sedang belajar di pondok-pondok pengajian dan pusat tahfiz untuk bersama dalam perhimpunan parti tersebut?
Gambar diatas menunjukan bas yang memuatkan pelajar Tahfiz al-Abrar terdampar di tepi jalan akibat rosak dalam perjalanan pulang ke Kuantan dari menghadiri Fastaqim 2.0.
Bukankah sebelum ini, parti suci itu pernah mendakwa mempunyai ahli lebih 1 juta? Tiap-tiap-bulan dilaporakan beribu-ribu kemasukan ahli baru... mana mereka ini semua? Kenapa budak-budak belajar yang dibawa?
Pas juga dilihat gagal menampilkan pasukan blok pembangkang ketiga bersama-sama Ikatan di sepanjang acara Fastaqim 2.0 berlangsung.
Kegagalan Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hadir bersama Fastaqim 2.0 turut menimbulkan tanda tanya orang ramai samada blok ketiga Gagasan Sejahtera PAS itu masih wujud atau sudah berkubur begitu saja?
Pada 16 Mac 2016 Pas dan Parti Ikatan mengumumkan pembentukan Gagasan Sejahtera bagi menghadapi PRU 14.
Pas kelihatan terdesak sangat nak tunjuk kekuatan sampai sanggup mengeksploitasi anak-anak yang masih belajar dan sepatutnya mereka menumpukan kepada pelajaran mereka.
MalaysiaDateline mendedahkan bahawa sejumlah besar gambar anak-anak di bawah 12 tahun telah dimuatkan dalam program yang diuar-uarkan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah bagi menunjukkan parti itu kuat dan bermaruah.
Turut dimuat naik dalam laman media sosial itu gambar kanak-kanak yang menyertai Pertandingan Pakaian Beragam Si Cilik, kanak-kanak perempuan di atas motosikal yang berpakaian serba hijau bersama lain plakad ‘saya hadir’
Tujuan utama pehimpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus pada 29 dan 30 September adalah untuk menunjukkan parti itu kuat dan sudah bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Apakah kelompok kanak-kanak dan remaja yang belum layak mengundi dikatakan sudah bersiap sedia untuk mengundi pada PRU 14 ini nanti? Kah! kah! Kah!
Apakah kelompok kanak-kanak dan remaja yang belum layak mengundi dikatakan sudah bersiap sedia untuk mengundi pada PRU 14 ini nanti? Kah! kah! Kah!
Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan yang mensasarkan kehadiran 200,000 orang sebelum ini berkata perhimpunan dengan pelbagai aktiviti termasuk untuk kelompok kanak-kanak dan remaja adalah memastikan wujudnya “gelombang hijau” pada pilihan raya kali ini.
Nak bagi tahu Pas, walaupun DAP tidak pernah pun mengadakan sebarang perhimpunan , tapi mampu meraih kemenangan yang cemerlang hingga Pulau Pinang pun mereka dapat rampas dari Gerakan.
Oleh itu Pas janganlah nak perasan sangat dengan berlagak sombong mengaku kuat dengan kehadiran yang kononnya 200 riby itu.
Pas sebenarnya hanya tinggal siku dan lutut tapi bongkak dan sombong mengaku kononnya kuat!

0 Response to "Fastaqim2.0 gagal menampilkan kekuatan Pas"
Posting Komentar