Loading...
KEADILAN DAILY
Bercakap pada sidang media menerusi siaran langsung Facebook, Ahli Parlimen Pandan itu berkata hartanah tersebut yang dibeli pada 2013 masih tidak terjual walaupun disenaraikan di pasaran sejak Julai lalu.
“Apa yang berlaku ialah hotel tidak terjual dan masih berada di pasaran sejak Julai, hasil kajian saya menunjukkan ia masih tiada pembeli.
“Pembelian hartanah yang berharga RM538 juta dibuat pada 2013 itu tidak memberi kelebihan kerana ia tidak sesuai dengan portfolio perniagaan Felda, tetapi Felda akan menanggung kerugian kerana ia dijual ketika Felda kekurangan dana dan prestasi perniagaan mereka tidak baik,” katanya.
Menurutnya lagi, berdasarkan kajian yang dibuat bersama pasukannya, Grand Plaza Serviced Apartments itu juga tidak membuat sebarang keuntungan kecuali pada tahun pembeliannya dilakukan.
“Penyata kewangan FIC (Felda Investment Corporation UK Properties Sdn Bhd sebenarnya mengesahkan bahawa Felda kerugian RM9 juta pada 2014 dan jumlah itu meningkat kepada RM16.7 juta pada tahun berikutnya,” tambahnya.
Loading...
0 Response to "Felda bakal rugi RM38 juta daripada jualan hartanah"
Posting Komentar