Loading...
DS Nizar telah memfailkan tuntutan fitnah sebanyak RM3 juta terhadap Hj Razman yang didakwa memfitnahnya sebagaimana artikel yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015, bertajuk: Pendekatan Nizar mirip DAP.
Kes saman ini telah mengambil masa yang begitu lama untuk diselesaikan sejak ianya difailkan pada Ogos, 2015.
Berikut sedikit makluman oleh peguam plaintiff, Hj Asmuni Awi mengenai perkembangan hari terakhir kes perbicaraan saman DS Nizar terhadap Peseruhjaya PAS Perak, Hj Razman Zakaria di Mahkamah Sesyen Ipoh yang diadakan kelmarin, 17 Okt 2017.
1) Saman DS Nizar terhadap Hj Razman telah selesai dibicarakan di mahkamah.
2) Hari ini seorang saksi sahaja dipanggil iaitu En Azhar Tajuddin dari Sinar Harian, pemberita yang merakamkan perbualan di antara Tn Hj Razman dan Sinar Harian berkaitan dengan isu yang dibangkitkan.
3) Hj Razman dipanggil semula untuk soalan balas tentang beberapa isu yang belum selesai semalam.
4) Berlaku sedikit ketegangan di Mahkamah apabila peguam kepada defenden mengganggu perjalanan mahkamah dan menyebabkan perbicaraan terpaksa ditangguhkan dalam masa 10-15 minit untuk menenangkan suasana sebelum di sambung semula.
5) Mahkamah menangguhkan kes ini kepada 27 Oktober 2017 untuk kedua pihak memfailkan penghujahan masing-masing sebelum mahkamah membuat keputusan pada 2 Nov 2017.
Ditanya mengenai kes dengan Karangkraf, Asmuni berkata pihak defenden telah menarik balik permohonan mereka itu dan difahamkan sejumlah kos telah dibayar. Asmuni menyatakan dia difahamkan begitu semalam dan banyak mana kos yang dibayar oleh Hj Razman kepada pihak Karangkraf adalah di luar pengetahuannya sebab perkara itu tidak berlaku di dalam mahkamah terbuka; mungkin di dalam kamar Yang Ariff.
2) Hari ini seorang saksi sahaja dipanggil iaitu En Azhar Tajuddin dari Sinar Harian, pemberita yang merakamkan perbualan di antara Tn Hj Razman dan Sinar Harian berkaitan dengan isu yang dibangkitkan.
3) Hj Razman dipanggil semula untuk soalan balas tentang beberapa isu yang belum selesai semalam.
Berehat seketika di luar menghirup udara yang lebih segar |
5) Mahkamah menangguhkan kes ini kepada 27 Oktober 2017 untuk kedua pihak memfailkan penghujahan masing-masing sebelum mahkamah membuat keputusan pada 2 Nov 2017.
Ditanya mengenai kes dengan Karangkraf, Asmuni berkata pihak defenden telah menarik balik permohonan mereka itu dan difahamkan sejumlah kos telah dibayar. Asmuni menyatakan dia difahamkan begitu semalam dan banyak mana kos yang dibayar oleh Hj Razman kepada pihak Karangkraf adalah di luar pengetahuannya sebab perkara itu tidak berlaku di dalam mahkamah terbuka; mungkin di dalam kamar Yang Ariff.
Loading...
0 Response to "Hari Terakhir Perbicaraan Saman DS Nizar vs Hj Razman Zakaria"
Posting Komentar