Loading...

HIMPUNAN PADANG TIMUR SOLIDARITI RAKYAT MALAYSIA YANG AMAN DAN SAH

Loading...

1. Himpunan rakyat 'Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi' yang akan berlangsung pada 14 Oktober 2017 anjuran Pakatan Harapan adalah mata rantai siri-siri penerangan kepada rakyat tentang kebobrokan dan kepincangan pentadbiran Umno dan Barisan Nasional pimpinan Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak yang diselubungi pelbagai skandal korupsi dan kecurian wang negara terutama melibatkan skandal berskala mega 1MDB. Inilah jolokan kleptokrasi kepada mereka di puncak kuasa. 

2. Apabila ditelusuri segala masalah ekonomi yang sedang melanda rakyat hari ini dengan pelaksanaan GST, kenaikan harga barang, potongan subsidi dan kejatuhan nilai Ringgit, korupsi adalah puncanya. Rakyat ditindas pemerintah sendiri. Tiada lagi demokrasi dan yang bermaharajalela adalah autokrasi dan kleptokrasi. 

3. Lantas, tiada siapa yang mampu bebaskan kita dari kurungan kleptokrasi melainkan diri kita sendiri. Hadirlah seramai mungkin. Himpunan dari jam 4 petang dan berakhir jam 11 malam walaupun tempohnya singkat, namun membawa maksud tiada ternilai dan ia adalah tanda rakyat sudah mulakan langkah pertama ke arah perubahan. Tidak lengkap usaha tanpa munajat kepada Pencipta Yang Maha Berkuasa, maka Solat Hajat juga akan didirikan ribuan jemaah. 

4. Himpunan yang aman dengan pelbagai corak acara meliputi pameran, jualan, persembahan kebudayaan dan kontemporari serta ucapan pemimpin dan rakyat sivil bakal menghiasi suasana kemeriahan himpunan. Rakyat tidak perlu gusar tentang akses ke Padang Timur yang dilengkapi kemudahan pengangkutan awam termasuk LRT di mana stesen berdekatan adalah Stesen Taman Jaya dengan perjalanan terakhir jam 12.18 malam. 

5. Himpunan ini adalah satu solidariti rakyat Malaysia menolak kleptokrasi demi menyelamatkan bumi tercinta ini. Himpunan ini adalah suatu himpunan yang sah di sisi undang-undang sebagai memenuhi hak asasi yang diiktiraf Perlembagaan Persekutuan. 

6. Di bumi inilah tumpahnya darah seluruh rakyat Malaysia. Padang Timur adalah medan buat rakyat yang merdeka dan bermaruah. Ayuh turun beramai-ramai. Bangkit pertahankan negara ini. Himpunan ini milik rakyat Malaysia merentasi kaum, agama, jantina dan ideologi politik. Kerana Malaysia ini kita yang punya. 

PENGARAH JAWATANKUASA TEKNIKAL HIMPUNAN 
13 OKTOBER 2017
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "HIMPUNAN PADANG TIMUR SOLIDARITI RAKYAT MALAYSIA YANG AMAN DAN SAH"

Posting Komentar