Loading...
Syabas kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Datuk Mohd Azizi Mohd Zain kerana membenarkan himpunan anti-kleptokrasi diadakan di Padang Timur Petaling Jaya, Sabtu ini.
Sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memberi beberapa alasan untuk tidak membenarkan himpunan itu diadakan di situ :
1) Pihaknya menerima empat laporan daripada penduduk sekitar.
Tetapi Datuk Bandar telah berkata MPBJ tidak menerima sebarang aduan daripada penduduk setempat.
2) Kedudukan Padang Timur tidak sesuai untuk perhimpunan besar kerana hanya boleh memuatkan 10,000 peserta.
Tetapi Presiden Amanah Mohamad Sabu yang banyak pengalaman mengepalai himpunan-himpunan besar sebelum ini percaya perhimpunan Sabtu ini boleh menyaksikan penyertaan 100,000 orang.
3) Himpunan di Padang Timur menyebabkan kesesakan lalu-lintas yang teruk dan lokasi itu juga begitu hampir dengan laluan keluar masuk Lebuhraya Persekutuan.
Tetapi Datuk Bandar menjanjikan pihaknya akan menjaga kelancaran trafik. MPBJ akan mengerahkan anggota untuk menjaga kelancaran trafik.
Maka tidak ada alasan bagi KPN Tan Sri Fuzi Harun untuk menghalang himpunan “Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi” di situ.
Malah beliau sendiri turut mengakui mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, polis tidak ada kuasa menghalang ia berlangsung.
120,000 berhimpun pada 25 Mei 2013 di himpunan Suara Rakyat 505 |
SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini membenarkan penganjur tunjuk perasaan anti-kleptokrasi berhimpun di Padang Timur Petaling Jaya, Sabtu ini.
“Kita tiada halangan. Kita beri kebenaran kepada penganjur untuk adakan di Padang Timur. Jadi tidak ada isu dengan kita. Kita pemilik tanah itu,” kata Datuk Bandar Datuk Mohd Azizi Mohd Zain kepada pemberita, selepas Majlis Apresiasi Inovasi 2017 di Shah Alam hari ini.
“Malah program itu nak adakan perniagaan atau nak buka gerai…kita benarkan. Kita bagi permit,” tambahnya.
Semalam, polis berkata pihaknya tidak mengeluarkan permit kepada Pakatan Harapan yang mahu menganjurkan tunjuk perasaan “Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi” di Padang Timur susulan bantahan penduduk setempat.
Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun mencadangkan penganjur supaya berhimpun di Stadium Kelana Jaya, kerana Padang Timur hanya boleh memuatkan 10,000 peserta. Presiden Amanah Mohamad Sabu percaya perhimpunan Sabtu ini boleh menyaksikan penyertaan 100,000 orang.
Azizi berkata MPBJ tidak menerima sebarang aduan daripada penduduk setempat. “Tidak ada. Semua tidak ada,” katanya.
Beliau juga berkata MPBJ akan mengerahkan anggota untuk menjaga kelancaran trafik.
“Oleh kerana Padang Timur itu kawasan kita, kita akan pastikan penguatkuasa akan jaga lalu lintas.” Baca lagi di sini
Loading...
0 Response to "Ini tanah kami, tiada masalah buat himpunan, kata MBPJ"
Posting Komentar