Loading...
SERI MANJUNG - Penglibatan ibu bapa bersama sekolah amat diperlukan bagi membantu mengatasi masalah sosial yang berlaku dalam kalangan pelajar pada masa kini.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Dr Amin Senin berkata, sukar untuk menentukan garis pemisah antara pendidikan di rumah dengan sekolah apabila terjadi insiden yang melibatkan masalah sosial pelajar.
Menurutnya, walaupun sesuatu insiden berlaku di rumah namun masyarakat tetap mengaitkannya dengan pihak sekolah.
“Jadi pihak kementerian sering menekankan agar ada kerjasama baik pihak sekolah dengan ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya dapat sama-sama memainkan peranan.
“Peranan ibu bapa amat penting dalam mendidik anak-anak dan kita juga tidak mahu menuding jari kepada sesiapa setiap kali berlaku sebarang kejadian tidak diingini,” katanya selepas merasmikan Program Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia di Aeon Mall Seri Manjung, di sini, kelmarin.
Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden berhubung seorang belajar yang memukul ibunya hingga tular di media sosial, baru-baru ini.
Hadir sama Pengarah Pendidikan Perak, Mat Lazim Idris.
Sementara itu, Amin berkata, siri jelajah itu yang dianjurkan itu sudah memasuki siri ke-10 dan dilihat mampu menjadi platform yang membantu menyebarkan maklumat penting kepada masyarakat.
“Sebelum ini ada yang tidak tahu apa kementerian telah laksanakan kerana tidak ada penyaluran maklumat secara terus kepada masyarakat.
“Jadi melalui program ini secara tidak langsung ia boleh menyebarkan maklumat selain memperlihatkan kejayaan yang telah dicapai,”katanya.

0 Response to "Insiden berlaku di rumah, tetapi sekolah juga dipersalahkan - TKPPM"
Posting Komentar