Loading...
Kerajaan diminta bersikap prihatin terhadap masalah peniaga ketika keadaan ekonomi kurang menggalakkan sejak kebelakangan ini.
Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong), Tan Sri Pheng Yin Huah berkata, ramai peniaga ketika ini merungut kerana kemerosotan perniagaan yang teruk, malah terpaksa menanggung jumlah hutang yang banyak.
"Saya harap pihak kerajaan bersikap prihatin terhadap masalah peniaga. Mereka bukan sahaja perlu menanggung hutang, tetapi juga dikenakan cukai perniagaan yang tinggi.
"Ada juga yang dikenakan denda kerana lewat melunaskan bayaran," katanya seperti dipetik dalam Oriental Daily.
Yin Huah berkata, ketika menjalankan operasi mencari peniaga yang tidak membayar cukai, pegawai penguat kuasa diminta jangan bertindak terlalu agresif ataupun mengenakan hukuman penalti terlalu tinggi.
"Golongan peniaga ini bukan sengaja mengelak cukai, kerana mereka kadangkala menghadapi masalah teknikal sehingga melewatkan pembayaran.
"Memang tidak dinafikan, terdapat segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab kerana cuba memalsukan dokumen dan sebagainya, namun majoriti peniaga sentiasa memberi kerjasama baik kepada pegawai penguat kuasa," katanya. - sinar
Iklan
Loading...
0 Response to "Kerajaan Tidak Prihatin Kata Tan Sri"
Posting Komentar