Loading...

Ketua Dewan Ulama nampak macam badut...

Loading...

Walaupun Hj Hadi ada bersama ketika itu, namun Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed telah membuat kenyataan bahawa usul untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU355 ditangguhkan lepas PRU 14 kerana ia tidak mendapat sokongan Umno pada masa ini. (Woit! Dulu kata Umno nak beri jalan mudah? Kena kencing sampai hancing macam ini pun masih tak serik?) 

Kenapa bukan Hj Hadi sendiri yang mengeluarkan kenyataan tersebut ? Bukankah Hj Hadi sendiri yang bertanggung jawab untuk membentangkannya di parlimen?

Agaknya Hj Hadi sendiri dah rasa mual nak ulang sebut penangguhan itu sebab sudah 3 kali ditangguh-tangguhkan mengikut skrip Umno!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dibentangkan Presiden PAS di Dewan Rakyat minggu lalu dibuat atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. ~ sumber

Maka dia arahkan Dr Mahfodz buat kenyataan tersebut….

Kemudian perbualan wasap Dr Mahfodz menceritakan mengenai sebab-sebab penangguhan tersebut menjadi viral menyebabkan Pas menerima kecaman dari ramai…

 Dan kini kenyataan Dr Mahfodz itu telah di overruled oleh setiausaha Pas Pusat. Dr Mahfodz kini dilihat seperti badut akibat kenyatannya itu telah diketepikan begitu sahaja.

Bijak permainan Hj Hadi dalam memperbodoh Dr Mahfodz. Memang itulah kepakaran Hj Hadi sebab itu, ramai pengikutnya yang masih diselubungi dengan kebodohan.

Berikut adalah kenyataan Setiausaha parti suci itu:

KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT  "PERBAHASAN RUU 355"

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda Akta 355 dibenarkan dan diteruskan oleh Speaker Parlimen dalam Persidangan Parlimen bermula 23 Oktober dan berakhir 30 November 2017. 

 2. PAS berpandangan adalah tidak wajar perbahasan yang telah bermula dengan Pembentangannya oleh Ahli Parlimen Marang dan disokong oleh Ahli Parlimen Kota Bharu pada 6 April 2017 dihentikan walau atas apa alasan sekalipun. Perbahasan harus diteruskan sehingga akhir mengikut prosedurnya walaupun tidak boleh disempurnakan pada sesi Parlimen kali ini. Ini seumpama kes Mahkamah yang telah bermula perbicaraan tidak akan dihentikan sehinggalah ia berakhir dengan keputusan oleh Hakim, bezanya Parlimen akan ditentukan melalui pengundian Ahli Parlimen. 

 3. Langkah segera meminda Akta 355 amat penting kerana ianya berkaitan dengan menaikkan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang terpakai hanya kepada orang Islam sahaja yang kini memiliki bidangkuasa yang amat rendah sekali. 

 Sekian, terima kasih. 

DATO' TAKIYUDDIN HASSAN, 
Setiausaha Agung, 
Parti Islam Se-Malaysia (PAS). 
Bertarikh: 19 Oktober 2017.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ketua Dewan Ulama nampak macam badut..."

Posting Komentar