Loading...

Parti Sosialis Malaysia Pertama Umum Calon PRU14

Loading...
Parti Sosialis Malaysia Pertama Umum Calon PRU14. Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah memperkenalkan bakal calonnya bagi kerusi DUN Semenyih dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) - seorang pendatang baru yang berusia 23 tahun, Nik Aziz Afiq.

Bercakap dalam sidang akhbar bersama rakan-rakannya dari PSM, Nik Aziz gembira kerana partinya membuat keputusan untuk memilihnya sebagai bakal calon di situ.

Parti Sosialis Malaysia Pertama Umum Calon PRU14. "Jarang sekali anak muda seperti saya diberi kerusi (untuk bertanding).

"Walaupun yang lain mungkin mempunyai kelayakan universiti yang berprestij, ada juga dari luar negara, saya adalah lulusan SPM tanpa latar belakang dalam politik.

"Saya anak muda dari kelas pekerja, dari akar umbi," katanya selepas mengadakan tinjauan di Pasar Besar Kajang.

Nik Aziz adalah seorang tukang urut, yang bekerja di sebuah pusat urut pada waktu siang.

Ketika ditemui Malaysiakini, Nik Aziz berkata. selepas bekerja, beliau akan pergi rumah ke rumah untuk mengurut bagi menambah pendapatan.

Menurutnya, beliau mengurut secara tradisional Melayu.

Beliau merupakan sukarela NGO Royalti di Kelantan apabila pertama kali bertemu dengan wakil PSM yang membantu penduduk setempat, walaupun parti itu tidak mempunyai sebarang kerusi di negeri tersebut.


Parti Sosialis Malaysia Pertama Umum Calon PRU14


Tertarik dengan apa yang dilihatnya, beliau menyertai parti itu pada tahun 2015.

"PSM mempunyai sesuatu yang parti lain tidak ada, iaitu konsistensi. Sejak kita bermula pada tahun 1998 hingga 2008 dan sehingga tahun 2018, PSM secara konsisten berjuang untuk keperluan rakyat.

"Apabila orang mempunyai isu perobohan, mereka akan cari PSM. Apabila orang ditindas, mereka akan cari PSM," katanya.

Suara akar umbi

Ketika ditanya apa yang boleh ditawarkannya kepada pengundi Semenyih, Nik Aziz cepat menjawab yang dia akan membawa suara pengundinya, sekiranya dia menang.

"Setiap isu yang dibincangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diterangkan kepada semua kampung di Semenyih.

Parti Sosialis Malaysia Pertama Umum Calon PRU14


"Kita akan membawa suara rakyat dalam pendebatan di DUN. Semua keputusan, sama ada untuk bersetuju atau tidak, akan dibincangkan dengan rakyat terlebih dahulu," katanya sambil menambah bahawa tidak akan ada di mana wakil rakyat membuat semua keputusan.

Jelasnya, dia akan mengumumkan asetnya secara terbuka dan akan "membawa suara orang muda" jika dia terpilih.

Sementara itu, Nik Aziz berkata beliau akan meneruskan kerjayanya walaupun jika selepas menjadi wakil rakyat Semenyih.

"PSM tidak mempunyai rakan yang menyumbang banyak wang kepada kami. Seperti Dr Michael Jeyakumar (Ahli Parlimen Sungai Siput), sebahagian besar elaun saya (sebagai wakil rakyat) akan disumbangkan kepada pusat khidmat untuk membantu rakyat.

Parti Sosialis Malaysia Pertama Umum Calon PRU14. "Jadi, saya boleh teruskan sebagai tukang urut. Bukan sahaja saya dapat mengenali orang Semenyih dengan lebih baik, saya juga akan dapat bertahan tanpa perlu bergantung kepada dana luar. Itu penting bagi saya," katanya. - mk



Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Parti Sosialis Malaysia Pertama Umum Calon PRU14"

Posting Komentar