ANTARAPOS
KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengarahkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kes Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan pada 24 Oktober lalu.
“Penyiasatan lanjut berhubung dengan kes 1MDB sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia berdasarkan arahan oleh Peguam Negara pada 24 Oktober 2017.
“Oleh sebab siasatan masih dijalankan, maka apa-apa pendedahan mengenai butiran siasatan boleh menjejaskan dan memprejudiskan usaha siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dan perkara ini perlu dihormati oleh semua pihak,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) pada sesi Dewan Rakyat.
Dalam soalannya, Gobind ingin tahu status siasatan 1MDB dan mengapa terdapat kelewatan dalam melengkapkan siasatan tersebut.
Pada 20 September lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata, siasatan terhadap skandal 1MDB selesai selepas tiga bulan tempoh Jabatan Peguam Negara mengarahkan pihak polis untuk menyiasat lebih lanjut mengenai isu itu.
Katanya, tiada sebarang perkembangan baru untuk dimaklumkan setakat ini, kecuali ada arahan daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) dan Kabinet.
“Tak ada, kita tak ada keperluan baru, siasatan itu dah selesai, kecuali kita ada arahan daripada PAC atau Kabinet dalam perkara ini. Tiada perkara baru perlu saya beritahu pihak media dan orang awam,” katanya.
Pada Jun lalu, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Jabatan Peguam Negara mengarahkan pihak polis untuk menyiasat lebih lanjut mengenai isu 1MDB.
Related Posts :
Mahkamah Singapura diberitahu - Jho Low 'penasihat' 1MDBMALAYSIAKINI
Mahkamah Singapura hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low adalah ‘gatekeeper’… Read More...
Ada kumpulan rancang provokasi dalam BERSIH - Abdul Kadir Primary tabs View(active tab) Track Politik di Kuala Lumpur - 15 Nov 2016 (4 hours ago) 1 of 1 Abdul Kadir Sheikh Fadzir Abdul Kadir Sheikh Fadzir Peserta Perhimpunan BERSIH biasanya terdorong mencetuskan keganasan kerana ada kumpulan dalaman yang merancang melakukan provokasi dengan pihak keselamatan. Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, perancangan itu bertujuan bagi mendapat liputan media antarabangsa dan memburukan kerajaan Malaysia. "Saya sendiri pernah mengambil bahagian dalam dua siri BERSIH yang diadakan pada tahun-tahun dahulu. "Dalam setiap demonstrasi tersebut memang terdapat perancangan yang rapi oleh kumpulan dalaman untuk memprovokasi polis dan pihak-pihak lain dan menimbulkan rusuhan besar-besaran," ujarnya dalam kenyataan di sini hari ini. Justeru, bekas Menteri Pelancongan itu mahu pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia supaya menghentikan himpunan yang bakal diadakan 19 November ini. Himpunan BERSIH 5, katanya, bakal mengundang provokasi terutama selepas Ketua Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md. Yunos didakwa ditumbuk baru-baru ini. Jamal pula mendakwa kumpulan Baju Kuning bertanggungjawab. Menurut Abdul Kadir, langkah membendung perlu dilakukan segera oleh pihak berkuasa bagi mengelak berlaku kemalangan jiwa dan pertumpahan darah antara kedua-dua kumpulan itu.--MalaysiaGazette
MALAYSIA GAZETTE
Abdul Kadir Sheikh Fadzir
Peserta Perhimpunan BERSIH biasanya terdorong me… Read More...
China Nampak Keterdesakan Najib Akibat 1MDBA Kadir Jasin
ADA penyokong kerajaan, khususnya yang taasub kepada Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sa… Read More...
Ringgit terus menjunam, bersedia M'sia?MALAYSIAKINI
Profesor ekonomi di Pusat Pengajian Perniagaan Sunway University Dr Yeah Kim Leng berkata, Malaysia perlu bersedia … Read More...
Kerajaan perlu tunggu suku pertama tahun depan jika mahu ubah Bajet 2017
Oleh Ainul Asniera Ahsan
Johari Abdul Ghani
Kerajaan perlu tunggu sehingga suku p… Read More...
0 Response to "Peguam Negara arah siasatan lanjut skandal 1MDB"
Posting Komentar