Loading...
KLANG 5 Okt. - Gara-gara dipercayai sedih akibat dibuang sekolah, seorang pelajar lelaki tingkatan tiga nekad menggantung diri di bilik tidur di kediamannya di Klang Utama di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang tadi, mangsa ditemukan dalam keadaan tergantung pada kipas siling di biliknya oleh ibunya.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa bersama ibunya telah ke sekolah mangsa kira-kira pukul 11 pagi untuk berjumpa dengan guru.
Mangsa dikatakan telah dikenakan tindakan buang sekolah selepas beberapa kali melanggar peraturan sekolah termasuk kesalahan memeras pelajar lain di sekolah terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, hasil pemeriksaan di bilik mangsa tidak menemukan sebarang kesan ceroboh atau unsur jenayah.
“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat dan hasil laporan mendapati tubuh badan mangsa tiada sebarang kesan luka atau cedera dan kematian adalah berpunca daripada menggantung diri,” katanya.
Sumber - UTUSAN

0 Response to "Pelajar dibuang sekolah maut gantung diri di rumah"
Posting Komentar