Loading...

Anuar Musa Belasah Azmin Ali

Loading...
Anuar Musa Belasah Azmin Ali. Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa mendakwa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali tunduk kepada pengaruh DAP dengan mengarahkan agensi kerajaan negeri itu supaya menghentikan langganan akhbar di bawah Utusan Malaysia dan Berita Harian.

"Ia adalah satu tindakan yang tidak matang dan kebudak-budakan," katanya sambil menambah, ia sekali gus memberi gambaran buruk terhadap kepimpinan Azmin (seolah-olah) beliau tunduk di bawah pengaruh DAP yang didakwanya anti-Melayu dan anti-Islam.

Anuar Musa Belasah Azmin Ali. Dalam satu kenyataan malam tadi, Annuar berhujah bahawa Utusan dan Berita Haian yang wujud sejak sebelum Merdeka lagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu dalam konteks negara berbilang kaum dan agama.

Dan Annuar mendakwa bahawa agama dilihat sebagai musuh kepada Kerajaan Selangor yang didakwanya dikuasai DAP.

"Kita yakin tindakan ini tidak direstui rakyat Selangor, dan ia akan meningkatkan penolakan rakyat terhadap Kerajaan Selangor di bawah telunjuk DAP," kata Annuar.

Anuar Musa Belasah Azmin Ali


Pada 9 November, Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya mengingatkan semua jabatan, agensi dan anak syarikat negeri supaya menghentikan langganan akhbar di bawah kumpulan Utusan Malaysia dan Berita Harian serta menghentikan iklan dalam dua akhbar tersebut.

Amin berkata arahan itu dikeluarkan pada 12 Jun 2008, beberapa bulan selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Selangor.

Anuar Musa Belasah Azmin Ali


Pada masa yang sama, Mohd Amin juga mengarahkan semua jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri supaya memberi tumpuan kepada melanggan akhbar syarikat kerajaan negeri, Selangor Kini, Sinar Harian dan The Star sahaja. - mk






Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Anuar Musa Belasah Azmin Ali"

Posting Komentar