Loading...

Banjir Di Pulau Pinang Makin Parah, KM Minta Bantuan ATM

Loading...
Banjir Di Pulau Pinang Makin Parah, KM Minta Bantuan ATM. Pulau Pinang meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas keadaan banjir di negeri itu bertambah parah malam tadi setelah hujan dan ribut taufan melanda kawasan utara Semenanjung Malaysia semalam.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng awal pagi ini menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi untuk memohon bantuan tentera.

Banjir Di Pulau Pinang Makin Parah, KM Minta Bantuan ATM. Dalam satu kenyataan video di Facebooknya, Lim berterima kasih kepada Zahid, yang juga menteri dalam negeri, kerana menjawab panggilan telefonnya biarpun sudah pukul 3.30 pagi.

"Beliau berjanji akan menghantar Angkatan Tentera Malaysia untuk selamatkan Pulau Pinang.

"Harap semua terus bersabar... terus bersabar dan kita akan cuba pastikan bantuan... sabar," kata Lim, yang nampak sebak.

Banjir Di Pulau Pinang Makin Parah, KM Minta Bantuan ATM


"Jaga keselamatan anda dan keluarga anda."

Lim turut memberitahu air terus naik manakala ribut belum juga reda.

"Keadaan semakin genting. Air masih naik, angin masih kuat, air sampai 10 hingga 12 kaki lepasi bumbung di Pulau Pinang," katanya.

Banjir Di Pulau Pinang Makin Parah, KM Minta Bantuan ATM


Beliau menambah pusat pemindahan yang kini menempatkan penduduk yang diselamatkan tiada bekalan elektrik. - MI




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Banjir Di Pulau Pinang Makin Parah, KM Minta Bantuan ATM"

Posting Komentar