MALAYSIAKINI
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), sebagai sebuah agensi bebas, sewajarnya membantu Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menggunakan nama pilihannya, Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) dan bukannya memberi amaran bahawa parti itu boleh dibatalkan pendaftaran.
Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Sany Hamzan menggesa demikian ekoran
amaran Ketua Pengarah ROS Surayati Ibrahim, bahawa penggunaan singkatan nama ARMADA adalah tidak sah kerana tidak pernah diluluskan dalam perlembagaan parti itu.
"Tidak sepatutnya ROS bersikap sedemikian yang seolah-olah mahu mengusutkan keadaan, dengan mewujudkan permasalahan remeh seperti itu," katanya dalam satu kenyataan.
"Dalam isu penggunaan singkatan ARMADA, ROS sewajarnya bertanggungjawab untuk membantu agar penggunaan nama tersebut dapat digunapakai secara sah.
"Lebih-lebih lagi difahamkan PPBM telah membuat permohonan tersebut secara rasmi namun masih tidak ada respon dari ROS," kata Sany.
Anggota Majlis Tertinggi BERSATU, Tariq Ismail semalam mendakwa BERSATU telah
menghantar pindaan perlembagaan parti, termasuk penggunaan nama ARMADA dan Srikandi, yang diluluskan majlis pimpinan tertinggi pada Julai lalu kepada ROS.
Tetapi, sehingga sekarang tiada jawapan dari ROS, katanya di Facebook semalam.
Manakala Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Abdul Rahman mengesahkan beliau telah menerima surat bertarikh 7 November dari ROS, untuk disiasat berhubung kes itu.
Related Posts :
[Video 'TAKFIRI Ancaman Kepada Negara' Apa itu golongan TAKFIRI?] ‘Demontrasi Turun-Turun’ 31/12 KL...Ayuh kita semua, terus perjuangkan nasib rakyat dibebani kos sara hidup yg tinggi.Sabtu, 25 November 2017
Demontrasi desak kerajaan turun harga minyak yang dilakukan Pemuda PH pada 22 November lalu selama 42jam dijangka… Read More...
[Video Pas SANGGUP BERKAWAN dengan Najib 'SI KAKI REMBAT'?] 'Serbuan Op Gegar Sabah' Milik siapa RM11 juta?Sabtu, 25 November 2017
Milik siapa RM11 juta?
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dilapor menemui wang tunai dianggar mencecah RM11 … Read More...
Jika Pengasas PPBM Ditipu, Bagaimana Saya Boleh Yakin Parti Tidak Tipu Rakyat, Soal Anina… Read More...
Penduduk Pulau Perhentian cemas dilanda bajir kilatANTARAPOS
JERTIH: Hujan lebat berterusan sejak dua hari lalu menyebabkan penduduk Pulau Perhentian di sini, cemas apabila p… Read More...
'Oumuamua, Objek Pelik Dari Luar Sistem Solar Dikesan NASATeleskop ahli astronomi yang berpangkalan di Hawaii, Amerika Syarikat telah berjaya mengesan objek pelik, 'Oumuamua, memasuki sistem suria d… Read More...
0 Response to "'Bantu Pemuda BERSATU guna ARMADA, bukan amaran'"
Posting Komentar