Loading...
Adun Senai Wong Shu Qi hanya bertanya bukan menuduh berkenaan pembabitan wang rasuah sebanyak RM12 juta terhadap Menteri Besar (MB) Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang telah dinyatakan dalam sebuah portal.
YB Wong hanya bertanya berkenaan sama ada perkara itu munasabah atau tidak bahawa MB Johor Datuk Seri Khaled mengambil wang sebanyak RM12 juta itu dan jika beliau di pihak yang benar kenyataan penafian perli dibuat segera.
Tetapi Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor Tan Sri Mohamad Aziz telah bertindak melampau dengan menghalau YB Wong Shu Qi keluar dewan.
Adun Parit Yaani Aminolhuda Hassan kesal dan keciwa dengan tindakan speaker tersebut.
"MB Johor perlu menjawab soalan berkenaan bukan dengan hanya melarikan diri serta mengambil tindakan kepada mereka yang bertanyakan soalan berkenaan wang sebanyak itu yang mana wang sebanyak RM11.2 juta ditemui dalam keadaan tunai,” jelas Aminolhuda.
“Pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya berhubung isu ini dan pihak kami termasuk dari Pakatan Harapan tidak akan duduk diam dengan apa yang berlaku kerana duit yang diseleweng itu adalah milik rakyat negeri Johor serta ia bukan hak milik peribadi,” tegas beliau lagi. ~ sumber
Sementara itu Milosuam melaporkan Saksi SPRM mengaku beri wang tunai jutaan ringgit kepada MB Johor.
Sementara itu Milosuam melaporkan Saksi SPRM mengaku beri wang tunai jutaan ringgit kepada MB Johor.
Amir Shariffuddin Bin Abd Raub yang ditangkap dan disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes rasuah melibatkan Exco negeri Johor tersebar di internet.
Amir mendakwa, dia sendiri telah menyerahkan wang tunai berjumlah RM1 juta dan RM700,000 kepada MB Johor yang diisi dalam sebuah begpack di Pejabat Perhubungan Umno Negeri Johor pada tarikh-tarikh berikut:
16 April 2014 — RM1 juta
1 Oktober 2014 — RM1 juta
20 Oktober 2014 — RM1 juta
2 Disember 2014 — RM1 juta
17 Jun 2015 — RM700,000
Kalau korang rajin nak mentelaah pasal skendal korupsi Umno BN Johor, kliklah di siniAmir turut mengakui ada menyerahkan wang dalam bentuk cek kepada Menteri Besar Johor dan mengesahkan bawa segala sumbangan yang diberikan itu adalah kerana Datuk MB telah membantu dalam memudahkan kelulusan permohonan penukaran status bumi kepada non-bumi dan pengurangan caj penalti 7.5 peratus bagi projek-projek dipohon oleh Scientex Sdn Bhd. ~ baca seterusnya di sini
Loading...
0 Response to "Betulkah MB Johor songlap RM12 juta?"
Posting Komentar