Loading...

Dia lupa yang selama ini bersama Bapa Penyangak!

Loading...

 PAS tidak boleh bersama Pakatan Harapan (HARAPAN), kata Hj Hadi  kerana di dalam HARAPAN ada pemimpin penyangak, yang dahulu dan terdahulu bersekongkol dengan punca masalah negara.

 "Kaedah kehakiman Islam yang dipakai oleh barat, menetapkan pihak yang dituduh masih bebas dan tidak boleh dihukum bersalah, selagi tidak dibuktikan kesalahannya oleh mahkamah, bukan oleh media tanpa sempadan.

 "PAS juga tidak boleh terus berpihak sebelum dibuktikan bersihnya, khususnya dalam keadaan yang bergelumang dengan salah laku dan kelemahan urus tadbir yang diwarisi sejak pemimpin yang dahulu dan terdahulu," katanya. DI SINI

Apa kena dengan Tok Lebai ni? Dia sendiri quote pihak yang dituduh masih bebas dan tidak boleh dihukum bersalah, selagi tidak dibuktikan kesalahannya oleh mahkamah, tapi senang-senang pula dia tuduh 'dalam HARAPAN ada pemimpin penyangak'

Walaupun dia tidak menamakan siapa, namun besar kemungkinan orang yang dimaksudkannya itu ialah Tun Mahathir.

Kenapa Tun Mahathir? Adakah Tun pernah dibuktikan kesalahannya sebagai penyangak? 

Mungkinkah kerana Hj Hadi marahkan sangat Tun Mahathir sebab serang sekutu baiknya, Najib dan menggelarnya penyanggak?

 Tun Mahathir pernah berkata, "Yang kita tahu Perdana Menteri Malaysia dikenali oleh dunia sebagai penyangak (crook) yang telah curi berbilion ringgit dari 1MBD, KWSP,KWAP, Tabung Haji dan lain-lain"*

 Tun berani berkata demikian kerana ada dokumen rasmi mahkamah dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang mendedahkan  bahawa sejumlah US$732.3 juta (RM3.1 bilion) yang didakwa telah disalurkan ke dalam satu akaun AmBank dimiliki oleh “Malaysian Official 1” (MO1) di antara Februari 2011 ke Jun 2014. “MO1” merujuk kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Najib Razak. ~ sumber

Ada seorang bekas pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR), agensi bertanggungjawab mencegah rasuah sebelum Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata terdapat bukti cukup untuk SPRM menyiasat penyelewengan dana melibatkan pelaburan 1MDB. 

 Ramli Manan berkata penyiasat hanya perlu meneliti prosiding mahkamah yang berkaitan 1MDB di Singapura dan laporan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat untuk membantu mereka ~  sumber

Ada usaha cuba untuk melabelkan Tun Mahathir sebagai penyangak dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung skandal Bumiputra  Malaysia Finance (BMF) dan dagangan tukaran wang asing (Forex). Namun usaha itu gagal untuk mensabitkan kesalahan keatas Tun walaupun Tun tidak dipanggil untuk memberikan keterangan. 

Pendekan cerita, sama-samalah kita tunggu untuk mengenali penyangak dan sekutunya bila kes Hj Hadi menyaman editor Sarawak Report dibicarakan di Mahkamah London nanti.

Nota * - terkandong dalam surat Tun M bertarikh 1 Nov 2017 kepada Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Zahrain Mohd Hashim.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dia lupa yang selama ini bersama Bapa Penyangak!"

Posting Komentar