Loading...

Donald Trump Tuduh Malaysia Penipu Perdagangan

Loading...
Donald Trump Tuduh Malaysia Penipu Perdagangan. Putrajaya hari ini menafikan tuduhan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bahawa Malaysia antara negara yang penipu perdagangan dan bertanggungjawab dalam defisit perdagangan sebanyak AS$50 bilion (RM221 bilion).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Malaysia adalah negara perdagangan terbesar di dunia yang menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa secara adil dan saksama.

Donald Trump Tuduh Malaysia Penipu Perdagangan. “Kerajaan Malaysia tidak memanipulasi mata wang atau memberi sebarang bantuan menyalahi undang-undang antarabangsa seperti ditetapkan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO),” katanya dalam jawapan kepada Ahli Parlimen Selayang, William Leong di Dewan Rakyat hari ini.

April lalu, Trump menandatangani perintah eksekutif untuk menghentikan “pengimport luar yang menipu”. Di bawah perintah itu, negara yang mempunyai dagangan tidak seimbang terbesar dengan AS akan diteliti selama 90 hari sementara pentadbiran menyiasat pengeluar, penyedia perkhidmatan, petani dan pengguna untuk mengenal pasti masalah.

Selain Malaysia, negara lain yang menjadi sasaran penyiasatan Trump ialah China, Canada, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Ireland, Itali, Jepun, Mexico, Korea Selatan, Switzerland, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Donald Trump Tuduh Malaysia Penipu Perdagangan


Mustapa berkata, beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri sudah memberikan penjelasan kepada Trump sewaktu lawatan kerja ke AS pada 12 September lalu berhubung isu defisit perdagangan ini.

“Statistik perdagangan Malaysia merekodkan AS hanya mempunyai defisit perdagangan sebanyak AS$5 bilion dengan Malaysia sedangkan statistik AS menunjukkan defisit sebanyak AS$25 bilion.

“Perdana menteri dan saya sudah menerangkan bahawa perbezaan data ini adalah disebabkan pihak AS mengambil kira import melalui negara ketiga,” katanya lagi.

Tambahnya, Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross sudah menjelaskan penyenaraian Malaysia dalam senarai itu bukanlah satu tuduhan Malaysia lakukan penipuan.

Donald Trump Tuduh Malaysia Penipu Perdagangan


“Ia lebih kepada untuk rujuk kepada perhitungan ketidakseimbangan dagangan AS dengan Malaysia. Selaras dengan ini, kedua-dua negara bersetuju supaya perjanjian rangka kerja perdadangan dan pelaburan dijadikan sebagai platform untuk menyelesaikan isu-isu perdangan dan pelaburan dua hala,” katanya. - fmt



Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Donald Trump Tuduh Malaysia Penipu Perdagangan"

Posting Komentar