Loading...
Gunung Agung Bali Bakal Meletus. Amaran gunung berapi dinaikkan ke tahap tertinggi susulan Gunung Agung di pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali terus mengeluarkan asap hari ini, dengan tanda kemungkinan akan berlaku letusan, kata pihak berkuasa.
Zon pengecualian di sekeliling Gunung Agung iaitu 75 km dari hab pelancongan Kuta, diperluaskan kepada 10km, dengan penduduk di sekitar zon itu diarah mengosongkan rumah.
Gunung Agung Bali Bakal Meletus. “Paras berjaga-jaga gunung berapi itu dinaikkan ke tahap tertinggi,” kata pakar gunung berani negara Gede Suantika. “Gegaran berterusan dapat dirasakan.”
Asap tebal keluar dari gunung berapi itu sejak Selasa dan Suantika berkata ia mengeluarkan asap tebal berwarna kelabu setinggi 3,400 meter hari ini.
Kira-kira 25,000 penduduk lari mendapatkan perlindungan sejak Selasa. “Asap berterusan keluar dan kadangkala diiringi dengan bunyi letupan kecil.
Gunung Agung Bali Bakal Meletus
“Api semakin marak menerusi pemantauan. Ini menunjukkan mungkin akan berlaku letusan lebih besar dalam masa terdekat.”
Jurucakap Agensi Bencana Negara Sutopo Purwo Nugroho meminta orang ramai bertenang.
Lapangan terbang Ngurah Bali di Denpasar, sudah pun ditutup.
Kali terakhir Gunung Agung meletus ialah pada 1963, menyebabkan hampir 1,600 orang terbunuh.
Ia kembali aktif pada September lalu dan pihak berkuasa menaikkan paras berjaga-jaga, menyebabkan 140,000 penduduk sekitar terpaksa dipindahkan.
Gunung Agung Bali Bakal Meletus
Aktiviti gunung berapi mula perlahan pada Oktober dan ramai kembali ke rumah masing-masing apabila paras berjaga-jaga diturunkan, sebelum ia dalam keadaan berbahaya semula pada Selasa. – AFP
Iklan
Loading...
0 Response to "Gunung Agung Bali Bakal Meletus"
Posting Komentar