Loading...

Hj Hadi vs SR : Beranikah Najib disapina Mahkamah Tinggi London?

Loading...

Ramai kalangan pentaksub Pas yang marahkan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown yang telah memfailkan tuntutan balas dan pembelaannya terhadap saman Hj Hadi.

Para pentaksub menuduh segala dakwaan Clare itu sebagai dongeng mengarut tanpa disertakan fakta.

Malah ada yang gatal mulut marahkan Ambiga, Husam dan Rafizi dan mendesak mereka tampil memberi keterangan ke atas dakwaan SR ??

Dan puak-puak inilah juga yang sebelum ini gegak gempita mengatakan Hj Hadi telah menang saman ke atas SR... huhuhu!

Cer dengar sendiri apa kata Khairudin at-Takiri dalam vdo berikut terlebih dahulu:


Ambiga kena respon segera. Di mana sumber Ambiga? Adakah itu sekadar satu  andaian atau ada sumber yang tepat... Penyata Clare yang dihantak ke mahkamah semuanya adalah rubbish! Sampah! Andaian semata-mata. Contohnya memasukan diri saya .. itu semua rubbish... tak ada fakta yang betul. Semua macam mainan  wartawan yang tidak ada etika...

Kesian melihatkan sikap dan telatah para pentaksub yang jadi kalut dan hilang kewarasan untuk berfikir dengan rasional dan memahami prosedur mahkamah.

Tapi memang tidak boleh nak salahkan walaun tu semua... sebab walaupun dikalangan mereka ada pasukan peguam yang sepatutnya boleh memberi nasihat dan penjelasan mengenai duduk perkara tersebut, tapi malangnya mereka terus memilih jalan yang tersasar.

Takiyuddin Hassan Setiausaha Agung Pas, seorang peguam juga turut jadi bebal macam bukan lulusan seorang guaman!

Beliau me­nuntut Ambiga memberi penjelasan mengenai dakwaan Clare Rewcastle-Brown.

 "PAS turut menggesa Datuk S.Ambiga memberikan respon terhadap dakwaan Editor Sarawak Report tersebut bagi memberikan gambaran yang sebenar terhadap kenyataan dengar cakap (hear say) tersebut. Peguam PAS sedang mengkaji perkara ini dan kemudian akan mengambil tindakan yang sewajarnya. katanya di sini

Hj Hadi memfailkan saman di Mahkamah Tinggi London susulan artikel yang ditulis pada 6 Ogos tahun lepas. Sarawak Report menaikkan artikel 8 perenggan yang mendakwa RM90 juta “dikatakan” memasuki akaun pimpinan tinggi PAS bagi memikat mereka menyokong Umno dan BN.

 Apabila Hj Hadi memfailkan saman itu pada April lalu. Maka Clare pun memfailkan tuntutan balas dan pembelaan terhadap saman Hj Hadi itu pada 11 Oktober lalu.

 Antara perkara dalam tuntutan balasnya, editor portal itu mendakwa bahawa :

1) Mereka mahu mecemarkan nama baik beliau dan Sarawak Report yang berkempen untuk menyingkir dan membawa Najib ke mahkamah untuk menjawab dakwaan rasuah dan kelakuan jenayah.

2) Hj Hadi, sama ada secara sendiri atau ejen, terbabit dengan penerbitan beberapa siri artikel, yang mempunyai unsur perkauman, memfitnah dan mengganggu beliau di laman sesawang Third Force dan Malaysia Today.

3) Penerbitan berkenaan sama seperti gangguan.

4) Clare mengaitkan Najib kepada skandal kewangan 1MDB, urusjanji kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, pendakwaan liwat Anwar Ibrahim, rasuah dan politik wang pada pilihan raya umum 2013.

5) Sekurang-kurangnya 10 pegawai PAS dari kumpulan ulama yang didakwa menerima wang yang disumberkan daripada 1MDB.

6)  Hadi tidak dinamakan atau dikenalpasti dalam mana-mana kenyataan dalam artikel berkenaan.

7) Hadi melanggar haknya dan kebebasan bersuara orang ramai, terutamanya dalam perbincangan tentang perkara politik. Kenyataan dalam artikel itu adalah berkepentingan awam.

8) Hadi memfailkan dakwaan itu bukan untuk mempertahankan imejnya tetapi untuk tujuan salah iaitu melindungi nama baik dan meneruskan tujuan politik PAS dan sekutunya, Najib.

 Sekarang ini peguam Hj Hadi di London harus menjawab tuntutan balas itu sebagai jawapan kepada semua dakwaan Clare Rewcastle Brown bahawa presiden PAS itu berkomplot dengan Datuk Seri Najib Razak atau ejen beliau untuk mengekploitasi satu kes mahkamah di London.

Perkara itu mesti dilakukan dalam tempoh masa yang ditetapkan peraturan mahkamah British.

 Kegagalan berbuat demikian akan membantu Clare mendapatkan keputusan yang memihak kepadanya menurut kata peguam S.N Nair.

Selepas itu, terpulanglah kepada  Hj Hadi dan Clare untuk memilih samada untuk membatalkan tuntutan masing-masing selepas mereka memfailkan pembelaan.

 Sama-samalah kita lihat nanti siapakah diantara mereka yang akan mengemukakan bukti atau memilih untuk membatalkan tuntutan masing-masing.

Kes ini sangat menarik kerana ia melibatkan PM Najib. Persoalannya ialah, beranikah Najib merelakan dirinya disapina oleh Mahkamah Tinggi London?

Maka kalau Hj Hadi memilih untuk membatalkan tuntutannya, maka akan selamatlah PM Najib. Dan 10 lebai-lebai itu juga selamat tak perlu pergi London!
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hj Hadi vs SR : Beranikah Najib disapina Mahkamah Tinggi London?"

Posting Komentar