Loading...

Isu gaji guru tadika swasta dan pra sekolah, KPM akan duduk semeja dengan TPM

Loading...
PADANG TERAP 27 Nov. - Kementerian Pendidikan akan duduk semeja dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung mekanisme bagi menyelaras skim gaji guru prasekolah dan tadika di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir berkata, pelarasan gaji guru prasekolah antara kerajaan dan swasta perlu ada pemurnian bagi kedua-dua pihak. 


“Kajian gaji minimum guru prasekolah yang disebutkan oleh Timbalan Perdana Menteri, kita perlu tengok bagaimana pelarasan akan dibuat. 


“Kita akan dapatkan satu tarikh daripada beliau untuk kita berbincang dan beri taklimat penuh berkait dengan prasekolah dan gaji guru prasekolah,” katanya di sini hari ini.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis khatan beramai-ramai di Hospital Kuala Nerang di sini hari ini.


Mahdzir mengulas tentang kenyataan Ahmad Zahid bahawa, kerajaan sedang merangka satu mekanisme bagi menyelaras skim gaji guru tadika dan prasekolah di seluruh negara.


Mengulas tentang kurikulum kata Mahdzir, kementerian sentiasa memastikan kurikulum prasekolah di peringkat kerajaan ini selaras termasuk tadika yang diusahakan oleh pihak swasta.


“Di pihak kerajaan, kita ada tiga pendidikan prasekolah iaitu prasekolah di sekolah kebangsaan, prasekolah Kemas di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta prasekolah di Jabatan Perpaduan.


“Menjelang 2020, kelayakan guru prasekolah adalah diploma pendidikan awal kanak-kanak. Jadi Timbalan Perdana Menteri mencadangkan bahawa guru-guru boleh mengambil kursus jangka pendek sebelum menjelang tahun 2020,” katanya.


loading...
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isu gaji guru tadika swasta dan pra sekolah, KPM akan duduk semeja dengan TPM"

Posting Komentar