Loading...
Tabung bencana banjir DAP Pulau Pinang telah menerima sumbangan awam sejumlah RM5,132,320.87. Demikian dimaklumkan, sehingga 10 pagi kelmarin.
Sumbangan orangramai ini adalah petanda simpati mereka dan rasa tanggungjawab bersama mereka terhadap kerajaan Pulau Pinang di bawah DAP.
Kepada mana-mana pihak yang berkemampuan bolehlah turut sama menghulurkan derma secara cek atau wang tunai di atas nama ‘DAP Penang’ yang beralamat No.3, Jalan Rangoon, George Town.
Derma juga boleh disumbang secara ‘bank-in’ ke akaun Maybank ‘DAP Penang’, 5070-1301-4596.
Terbaca tentang kisah seorang Pakcik penyokong Amanah yang jadi sebak dan tunduk bila diberitahu kerajaan Selangor telah menghulurkan sumbangan RM1juta kepada Penang. Betapa jika dia dapat berita tentang sumbangan awam mencecah RM5 juta ini?
Jom kita kongsikan kisah Pakcik ini melalui pengalaman seorang sahabat, Wfauzdin Ns yang dialaminya kelmarin :
Semalam, sewaktu aku minum di sebuah kedai di Kg Pandan, Kuantan sementara menunggu pomen ganti tayar kereta aku, aku bersembang dengan seorang pak cik agak berumur juga lebih kurang 70-an.

Dia juga bekas tentera tetapi tidak berpencen. Mulanya aku tidak berminat sangat mahu bersembang pasal politik dengan dia kerana seronok dengar dia bercerita zaman2 dia dlm tentera dulu. Dulu dia askar Melayu katanya. Tiba2 dia pula beralih ke topik politik bila dia nampak kat kereta aku ada stiker Keadilan. " Awak orang Keadilan ke?" Tanya beliau.
"Ye...saya orang Keadilan". Aku jawab rengkas.
Dia pun bercerita banyak isu politik semasa, soal kesusahan hidup, barang mahal dan macam2 lagi. Aku banyak mendengar keluhan dia. Orang seperti ini tak perlu aku kempen lagi, sebab dia sudah tahu apa yg berlaku dlm negara ini, itu yg aku fikirkan.
Aku bawa cerita pasal banjir di P.Pinang. Aku cerita tentang bantuan yg diterima oleh kerajaan P.Pinang dari berbagai pihak. Tak lupa juga aku ceritakan tentang sukarelawan dari Parlimen Kuantan yg telah pun berada di sana untuk membantu mangsa2 banjir. Selepas ini, Parlimen Indera Mahkota pula, aku kata. Dia banyak diam dan sesekali menganggukkan kepala.
Seterusnya aku cerita tentang bantuan dari kerajaan Selangor sebanyak sejuta ringgit dalam berbagai bentuk untuk membantu P.Pinang.
Tiba2 aku tengok wajah dia berubah. Sebak dan tunduk. Sesekali dia kesat matanya. Aku pelik tiba2 dia jadi begitu.
"Kenapa pakcik? Anak pakcik ada di sana ke?" Tanya aku.
Dia diam dan merenung jauh ke lebuhraya di depan kedai minum.
"Bukan...anak pak cik tinggal di KL dan JB...takde yg dok di Penang...". Katanya.
" Sedih sungguh...terasa malu pun ada..." Tambahnya lagi.
Aku pelik. "Kenapa pakcik?". Aku mahu tahu.
" Ye lahh...Pak cik ni penyokong Amanah. Semua parti banyak sumbang wang ringgit kepada P.Pinang...Keadilan ada negeri yg diperintah...mereka ada duit dan byk jentera....parti pakcik ni miskin...masih baru...takde negeri pun yg kami perintah...apa lah agaknya yg Amanah boleh bantu P.Pinang?" Katanya dengan nada agak sebak.
Tiba2 mata aku masuk habuk.
"Pakcik...duit bukan segala2nya..saya dapat tahu Amanah lagi awal hantar sukarelawan2 mereka ke sana...benar...Amanah parti tak berduit, tetapi pakcik beruntung kerana berada dlm parti yg kaya dengan semangat setiakawan..". Aku cuba memujuk.
Dia diam. " Pak cik harap biarlah Amanah kekal dengan semangat itu. Biar orang hormat kita kerana setiakawan, bukannya kerana harta dan jawatan..". Katanya.
Aku terus diam. Hebat pakcik ni. Perbualan kami seterusnya kpd cerita2 politik semula sehinggalah pomen panggil beritahu kereta dah siap. Kopak RM 120 semlm. Bersyukurlah,dua ladam kuda perang telah diganti dgn ladam terpakai. Haha...
Loading...
0 Response to "Kaya dengan semangat setiakawan : Parti Amanah Negara"
Posting Komentar