Loading...

KHALID SAMAD BERDUSTA, SEDANGKAN AMALAN DUSTA ITU ADALAH AMALAN PAN

Loading...

SEBENARNYA AMALAN ASATIZAH ITU TIDAK UJUD DIDALAM PAS.

FULL STOP.

APA YANG DIKETAHUI UMUM IALAH PENGHIJRAHAN AHLI PAS KEPADA PENUBUHAN PAN ADALAH SEBAB MEREKA KALAH DALAM PERHIMPUNAN MUKTAMAR PAS, BUKAN KERANA ASATIZAH.

KUMPULAN PAN ADALAH KUMPULAN YANG KECIWA KERANA KEKALAHAN, BILA KALAH MEREKA HILANG KUASA, BILA HILANG KUASA MAKA MEREKA TAK DAPAT MEMPERKUDA PAS UNTUK PAKATAN HARAPAN.

MEREKA LARI KERANA KECIWA KERANA PAS TIDAK MAHU MENGIKUT SELERA PKR DAN DAP KESAN LANGKAH KAJANG.

INI KHALID SAMAD MEMANG SUKA BUAT FITNAH KERANA FITNAH ITU DARAH DAGING DIA, SEMUA ORANG TAHU.

ORANG PAS TIDAK MAHU JADI KUDA YANG DICUCUK HIDUNG OLEH PKR DAN DAP SEPERTI MANA GOLONGAN PAN YANG JADI KUDA DAP. 

KEBETULAN PULA ADA JUARA MEMECAHBELAHKAN MELAYU DIDALAM PAKATAN HARAPAN IAITU MAHADHIR MUHAMMAD, YANG MENJADI KEAGUNGAN PAN.

-Pak Karamu-

 

 Golongan asatizah punca Pas jadi parti ekstrimis?

AddThis Sharing Buttons

Khalid Samad
Khalid Samad
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR - Golongan ulamak dan asatizah yang tiba-tiba muncul dalam Pas sejak  beberapa tahun didakwa menukarkan parti itu kepada sebuah parti ektrimis.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, kemunculan golongan itu di tengah pelayaran Pas dalam arena politik menyebabkan masa depan parti itu tidak secerah dahulu.

Menurutnya, sikap golongan itu yang begitu terbawa-bawa dengan budaya daripada Timur Tengah, mempengaruhi pemikiran ahli dan pimpinan Pas sedia ada.

"Mereka ini adalah golongan yang baru pulang daripada melanjutkan pelajaran di Timur Tengah dan begitu taksub dan terbawa-bawa dengan cara di sana.

"Mereka cuba terapkan cara yang sama seperti di sana (Timur Tengah) kepada Pas dan inilah hasilnya," katanya kepada Sinar Online.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan mana-mana individu yang dimaksudkan.
"Mereka ambil alih Pas dan tidak faham bagaimana untuk menggerakkan parti dalam sistem demokrasi berparlimen.

"Bila rakyat mengkritik mereka, mereka terus sahaja melabel rakyat dengan mengatakan rakyat cuba menjatuhkan kerajaan Islam," katanya.

Khalid pada masa sama mengakui ia menjadi punca Ahli Parlimen Shah Alam itu meninggalkan Pas dan menyertai Amanah pada 2015.

"Untuk seketika, kita sudah berjaya bawa Pas keluar daripada pemikiran lama, namun ia tidak dapat bertahan.

"Kemunculan golongan ini memusnahkan apa yang telah dibina dalam Pas," katanya.

Menurutnya, meskipun lebih tenang berada dalam Amanah, beliau tidak menafikan sayangnya kepada Pas belum pudar.

"Saya sudah lama bersama Pas, saya membentuk Pas sejak saya masih muda lagi. Sedih rasanya bila begini pengakhirannya.

"Selama ini, saya cukup jaga Pas, saya tatang betul-betul, namun dengan mudah golongan ini muncul dan menjadikan Pas sebagai parti terpinggir," katanya.
 
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KHALID SAMAD BERDUSTA, SEDANGKAN AMALAN DUSTA ITU ADALAH AMALAN PAN"

Posting Komentar