Loading...
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin menegur sesetengah pihak yang menurutnya melemparkan tuduhan yang tidak adil kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, hanya kerana pendirian politiknya.
Antaranya adalah tuduhan yang mengatakan bekas perdana menteri itu sebagai pengkhianat Melayu, yang menurut Asri sangat tidak tepat dan perlu dinilai semula.
"Saya tidak mahu mengulas urusan politik Tun Mahathir, saya tidak berminat dengan parti baru beliau.
"(Tetapi) saya simpati melihat ada media yang menuduhnya mengkhianati Melayu," katanya menerusi Facebook, hari ini.
Mahathir dilihat mula menerima kritikan termasuk sebagai pengkhianat melayu selepas keluar daripada Umno pada Februari 2016 dan menjadi pembangkang.
Penyertaan parti yang diasaskannya bersama bekas pemimpin Umno lain, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), dalam HARAPAN dan kerjasama dengan DAP meningkatkan lagi kritikan itu. Namun Mohd Asri berkata, berdasarkan pengalaman peribadinya sendiri, Mahathir sebenarnya adalah pemimpin politik yang lebih banyak memikirkan soal Melayu berbanding orang lain.
"Saya banyak kali berbual secara peribadi dengan beliau sejak dulu lagi. Saya kata 'hati nurani beliau sangat Melayu'," katanya.
Justeru, beliau merasa terpanggil untuk membangkitkan perkara ini kerana merasakan tuduhan yang dilemparkan itu tidak wajar.
"Kita wajar bercakap benar. Kebencian kita kepada seseorang tidak wajar sehingga kita menzalimi haknya," katanya lagi. - MK
Loading...
0 Response to "Mahathir paling ambil berat soal Melayu, kata Dr.Asri"
Posting Komentar