Loading...

Mangsa Banjir Pertama Di Pantai Timur

Loading...
Mangsa Banjir Pertama Di Pantai Timur. Seorang kanak kanak berusia 12 tahun ditemui lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam tali air yang melimpahi jalan di Sungai Kampung Tok Hakim, Padang Midin, di sini, pagi tadi.

Mangsa, Kalid Al Wyalid Juzaiman sebelum itu dikatakan bermain air di kawasan berhampiran bersama rakannya berikutan kawasan itu dilimpahi air akibat hujan lebat pada jam 9.30 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 9.58 pagi sebelum 11 anggota bersama jentera dan bot bergegas ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat.

Mangsa Banjir Pertama Di Pantai Timur. "Berdasarkan maklumat, mangsa dikatakan bermain air bersama rakan di lokasi kejadian sebelum dikatakan tergelincir ke dalam tali air berhampiran.

"Usaha mencari dan menyelamatkan mangsa melibatkan unit skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dan mayat mangsa ditemui pada jam 1 petang tadi," katanya.

Mangsa Banjir Pertama Di Pantai Timur


Sementara itu, JBPM Terengganu dalam satu kenyataan menasihatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak masing-masing dan melarang mereka bermain atau mandi di sungai atau kawasan dinaiki air kerana arus kuat yang dibawa boleh memudaratkan.

Mangsa Banjir Pertama Di Pantai Timur. "JBPM berharap pemantauan yang dilakukan oleh ibu bapa dapat menghindari berlakunya perkara tidak diingini terutamanya di musim tengkujuh ini," katanya. - sinar




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mangsa Banjir Pertama Di Pantai Timur"

Posting Komentar