Loading...

[MEMBAZIR JE PINDAH] Pindah Lokasi Tol pada 1/11, Tamat Operasi pada 31 Dis

Loading...

AHLI Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Jafar menafikan dakwaan kononnya pemansuhan tol di Bukit Kayu Hitam ditarik balik oleh kerajaan.
Beliau berkata, pihaknya menerima banyak pertanyaan berkaitan perkara itu kerana terdapat penularan gambar kain rentang yang memaklumkan tol itu berpindah ke lokasi baru mulai esok.
Sebenarnya, dalam projek menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) yang dijalankan sebelum pengumuman Bajet 2018 dibuat, plaza tol di lokasi lama turut dipindahkan ke lokasi baru di kompleks itu.
“Kain rentang itu juga dipasang sebelum pengumuman itu bagi memaklumkan kepada orang ramai mengenai perpindahan plaza tol itu,” katanya ketika ditemui hari ini.
Gambar kain rentang berkenaan tular di media sosial sejak kelmarin hingga menimbulkan tanda tanya masyarakat dan mendapat kritikan pelbagai pihak.
Beliau berkata, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan perpindahan itu akan berlaku pada tarikh itu tetapi ia akan beroperasi sehingga 31 Disember saja.
“Pada 1 Januari, operasi di plaza tol akan ditutup sejajar dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” katanya.
Ketika membentangkan Bajet 2018 Jumaat lalu, Perdana Menteri mengumumkan tol di Bukit Kayu Hitam dimansuhkan.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[MEMBAZIR JE PINDAH] Pindah Lokasi Tol pada 1/11, Tamat Operasi pada 31 Dis"

Posting Komentar