Loading...
Perdana Menteri Letak Jawatan. Perdana Menteri Lubnan, Saad Al-Hariri mengumumkan perletakkan jawatannya hari ini selepas mengakui bimbang akan menerima nasib sama seperti bapanya, Rafik al-Hariri yang telah dibunuh oleh pembunuh upahan.
Menerusi sebuah siaran televisyen nasional, Saad berkata, keputusan tersebut dibuat setelah beliau merasakan ada pihak yang sedang merancang untuk membunuhnya.
Saad menjadi Perdana Menteri Lebanon akhir tahun lalu setelah sebuah kesepakatan politik yang menjadikan Michel Aoun sebagai presiden negara tersebut.
Perdana Menteri Letak Jawatan
Rancangan Televisyen Al Jadeed yang berpangkalan di Beirut melaporkan, kenyataan pengunduran diri Saad dibuat dan disiarkan dari ibu kota Saudi, Riyadh.
Sementara itu, Presiden Lebanon Michel Aoun mengatakan telah menerima berita berkaitan penguduran Saad dari luar Lebanon.
Perdana Menteri Letak Jawatan. Aoun kini menunggu Saad pulang daripada Arab Saudi untuk menyatakan pengundurannya secara rasmi. - sinar
Iklan
Loading...
0 Response to "Perdana Menteri Letak Jawatan"
Posting Komentar