Loading...
12 Safar 1439H, Rabu -Polis menarik balik khidmat pengawal peribadi Unit Tindakan Khas (UTK), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perkara itu dimaklumkan bekas perdana menteri selama 22 tahun itu, menerusi status di Facebooknya hari ini.
“Genap setahun yang lalu, Kak Fauziah dan pembantu rumah di pejabat dipindahkan dan ditamatkan kontrak oleh kerajaan.
“Hari ini, khidmat pengiring Unit Tindakan Khas (UTK) pula ditarik balik. Perjuangan tetap diteruskan,” katanya.
Mei tahun lalu, khidmat pengiring Tun Mahathir juga ditarik balik.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika itu memaklumkan, tindakan itu terpaksa diambil selepas Tun Mahathir menyertai perhimpunan Bersih, perhimpunan bantah GST.
Penarikan itu juga disebabkan kutipan tandatangan untuk deklarasi yang bercanggah dengan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan negara. - ismaweb
Loading...
0 Response to "Polis tarik balik khidmat pengawal peribadi Tun M"
Posting Komentar