Loading...

Ramalan Harga Rumah Akan Turun Tidak Benar Kata Pakar Ekonomi

Loading...
Ramalan Harga Rumah Akan Turun Tidak Benar Kata Pakar Ekonomi. Pakar ekonomi menolak ramalan penurunan harga rumah akan berlaku tahun depan dan mempertikaikan spekulasi pasaran hartanah akan jatuh akibat lebihan bekalan unit rumah tidak terjual.

Beberapa pakar yang ditemuramah oleh The Malaysian Insight berkata, mereka tidak melihat sebarang tanda mengenai penurunan harga tahun depan, walaupun data Bank Negara (BNM) baru-baru ini mengatakan 83% daripada bilangan rumah tidak terjual berada dalam lingkungan harga RM250,000 ke atas.

Ramalan Harga Rumah Akan Turun Tidak Benar Kata Pakar Ekonomi. Ahli ekonomi bebas Azrul Azwar Ahmad Tajuddin berkata ia memerlukan skala krisis kewangan Asia Tenggara 1998 sebagai pencetus keruntuhan hartanah.

Melalui prestasi Indeks Harga Rumah (HPI) dari 1989 hingga separuh tahun pertama 2017, negara ini tidak terjejas akibat keruntuhan hartanah kecuali pada 1998 dan 1999, kata Azrul Azwar.

HPI mengukur kadar di mana harga rumah meningkat.

Panduan ini menidakkan sebarang risiko berlakunya satu krisis harga perumahan dalam masa terdekat.


Ramalan Harga Rumah Akan Turun Tidak Benar Kata Pakar Ekonomi


Sekiranya harga mungkin turun tahun depan, ini mungkin berita baik bagi mereka yang ingin membeli rumah tetapi berita buruk bagi ekonomi yang lebih luas.

"Kemungkinan penurunan dalam harga hartanah adalah peluang yang baik bagi pembeli rumah kali pertama untuk mempertimbangkan membeli rumah," kata ahli ekonomi lain, Lee Heng Guie.

Ramalan Harga Rumah Akan Turun Tidak Benar Kata Pakar Ekonomi. Bagaimanapun, Lee daripada Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi (SERC), berkata walaupun harga menurun, rumah di lokasi yang baik, dengan nilai pelaburan yang tinggi tidak akan menyusut sebagaimana diharapkan. - MI



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ramalan Harga Rumah Akan Turun Tidak Benar Kata Pakar Ekonomi"

Posting Komentar