Loading...
Oleh Mohd Sayuti Omar II
Para pemimpin Pas akan menafi sampai keluar urat sembereh kalau kita katakan parti itu akan bersama Umno. Tetapi realitianya Pas tidak berani menyerang Umno. Kenapa?
Cuba teliti jadual statistik dibawah ini ia akan menjelaskan kepada kita kenapa Pas bersikap lunak dan menjadi kucing kurap manja dengan Umno. Kerajaan Pas Kelantan terhutang budi dengan Umno, dan mereka takut menyerang UBN kerana bimbang takut perut kelaparan.
Jadual stastik dibawah ini menunjukkan sejumlah wang yang diperuntukan oleh kerajaan Persekutuan untuk Kelantan mengikut tahun.
Jadual sebelah itu menunjukkan kekurangan wang kerajaan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan Kelantan. Ertinya kalau kerajaan UBN yang dimaki hamun oleh berbudak hingusan Pas itu tidak bantu, mungkin Kelantan sudah bankrup.
Untuk menyelamat bahana inilah maka Pas berlunak dan berdodoi dengan Umno. Sebab itu saya dah cadangkan untuk selamatkan kerajaan dan demi kesejahteraan rakyat bersatu dan bekerjasamalah Pas dengan Umno. Walahu’alam.
Loading...
0 Response to "Sayuti Omar Dedahkan Rahsia Kenapa Pas Jadi Kucing Manja"
Posting Komentar