Loading...
1. Sejenak tadi saya membaca laporan Malaysiakini yang membawa laporan yang menyatakan bahawa Presiden parti suci kata tak boleh bersama PH kerana katanya dlm PH ada penyangak!
2. Mulanya saya ingat yg cakap sebegitu ketua cawangan parti suci kat ceruk mana, yg mungkin tidak terdedah dengan maklumat di alam maya dan bukan "ulama" bertaraf dunia. Rupa-rupanya tidak.
3. Saya tak tahu siapa yang dimaksudkan dengan penyangak dlm PH itu? Tun M? Yb Pagoh? Yb Ketua Pembangkang? Yb Gelang Patah? Hj Mat Sabu?
4. Cuma nak kata gini je lah..di zaman Nabi saw ada juga para sahabat Nabi saw yang sebelum terima mesej Islam Nabi saw spt Syaidina Umar r.a, jika guna bahasa skrg mcm "gedebe"lah tapi Nabi menggunakan segala kekuatan dan kelebihan yg ada pada Syaidina Umar r.a menentang segala kemungkaran rejim Abu Jahal and the gang!
5. Tak tahu lah adakah Yb Marang rasa pihak yang secara jelas terlibat dgn hilangnya berbilion USD wang rakyat dlm negara ini dlm skandal mega 1MDB bukan dikira "penyangak"?
6. Yb Marang juga dilaporkan memuji Yb Tambun.Mungkin dia tak dengar lagi isi perbahasan Yb Tambun baru-baru ini sebab dia tak ada dalam Parlimen. Oh ya ,bila masa pula dia ada di Parlimen , maaf, tak ingat pula saya.
7. Anyway, jika dia ambil pusing sikit ttg ucapan Yb Tambun, dia tak sepatutnya sama sekali boleh puji Yb Tambun. Dah lah Yb Tambun tak hentam skandal mega IMDB, Yb Tambun juga tuduh DSAI dgn tuduhan yang dalam Islam dipanggil qazaf.Takkan Yb Marang yang pernah tulis buku ttg qazaf boleh terima org mcm Yb Tambun?
Byk lagi nak komen...tapi cukuplah dulu.~ Peguam PAS - Dulu
Loading...
0 Response to "Siapa Penyangak? Hanipa tanya Hj Hadi"
Posting Komentar