Loading...
Dato Husam Musa, Pengerusi Amanah Kelantan menasihatkan TMB Kelantan, Mohd Amar supaya tidak perlu berpusing jauh dalam isu pemberian tanah seluas 5,500 ekar kepada 3 syarikat kepunyaan orang yang sama.
Nasihat Husam itu adalah sebagai reaksinya terhadap kenyataan Mohd Amar yang cuba menyangkal dakwaan Husam tentang kelulusan tanah tersebut kepada orang yang sama.
Mohd Amar pada sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri, berkata Permohonan tanah di Kuala Pahi, Kuala Krai itu dibuat oleh tiga syarikat melalui syarikat Akademi Yakin Sdn Bhd, masih belum diluluskan sehingga sekarang.
Ketika itu Husam telah keluar dewan bersolidariti dengan pihak pembangkang yang bertindak keluar dewan susulan Ketua Pembangkang, Datuk Nozula Mat Diah diarah keluar dari persidangan oleh Speaker, Datuk Abdullah Ya'kub.
Rupa-rupanya, dengan ketiadaan Husam di ketika itu telah diambil kesempatan oleh Mohd Amar untuk berdalih dan berbohong kepada dewan!
Sebelumnya, Mohd Amar senyap macam tikus basah kena hujan ketika Husam berucap mengenai isu tersebut didalam dewan.
Kenapa Mohd Amar tidak berani mencelah dan berbahas ketika Husam memperkatakan isu tersebut?
Berikut adalah kenyataan Husam sepenuhnya :
Kelulusan Akademi Yakin sudah diberikan kepada tiga syarikat berkaitan, berdasar surat bertarikh 3 Oktober 2016.9 TMB tidak menafikan kelulusan ini.
Apa alasan Akademi Yakin memberikan kelulusan? Itu antara pertanyaan saya di DUN.
Kelulusan di peringkat Akademi Yakin adalah fakta yang tak dinafikan.
Satu dari syarikat ini mengalami kerugian RM 3.7 juta. Dua lagi tanpa rekod kewangan.
Bermakna kemampuan kewangan syarikat adalah meragukan. Tetapi kenapa AY luluskan?
TMB tak payah berpusing jauh.
Lagi pun, TMB sebagai Orang Besar JKuasa Tanah adalah juga Pengerusi Akademi Yakin. Orang yang sama.
PTG kemudian mengeluarkan surat arahan melalui AY supaya tiga syarikat membuat bayaran deposit berjumlah RM 4.683 juta . Surat untuk ketiga syarikat itu semuanya bertarikh 22 Mei 2017.
PTG kemudian mengeluarkan surat arahan melalui AY supaya tiga syarikat membuat bayaran deposit berjumlah RM 4.683 juta . Surat untuk ketiga syarikat itu semuanya bertarikh 22 Mei 2017.
Bayaran deposit untuk dilulus atau ditolak?
Untuk apa bayar deposit berjuta-juta untuk permohonan ditolak?
Maknanya ia dalam proses kelulusan penuh. Bayaran deposit adalah syarat kelulusan penuh. Kelulusan dasar sudah selesai.
Termasuk dalam senarai bayaran itu ialah hasil tahunan, pendaftaran dan pengeluaran hak milik dan harga batu sempadan.
Batu sempadan apa kalau ditolak?
Percubaan meluluskan sudah ada.Pendedahan saya menyebabkan kelulusan terbantut. Lalu TMB mula mereka cerita.
Mengenai hasil kayu yang kononnya jika ada akan ditender.
Mustahil laporan kedudukan tanah dan isi tanah tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh PTG dan Jabatan Hutan sebelum kelulusan diberi.
Jawapan untuk menender hasil kayu hanya datang selepas saya bangkitkan isu ini. Kalau tidak, hasil balak itulah ulam yg paling sedap…..
YB Dato Husam Musa
ADUN Salor,
23 November 2017
APA ASAS 5,500 EKAR HUTAN KUALA PAHI DILULUSKAN KEPADA 3 SYARIKAT YANG DIMILIKI OLEH ORANG YANG SAMA?
Loading...
0 Response to "TMB Kelantan Kantoi : Mohd Amar Berbohong Dalam DUN Kelantan"
Posting Komentar